free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jul 17

Dendeng Daging

Memang sedap meratah daging dendeng ni. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak tetapi nak membuatnya agak renyah sikit. Tu lah sebabnya lagi seronok makan dendeng daging ni kalau orang lain yang masak. Bahan-bahan yang digunakan seperti masak kicap jer tetapi tekniknya agak berlainan.

Dendeng daging ni memang kesukaan suami saya. Kalau dulu setiap kali raya arwah mak mertua saya akan masak dendeng daging. Memang itu adalah ‘signature dish’ beliaulah. Dendeng daging boleh tahan lama sebab ianya tidak menggunakan santan dan lagi selalu diperangat (dipanaskan) lagi sedap.

Saya memotong daging kecil-kecil kerana saya masak dendeng daging yang kat atas tu semasa kenduri arwah mak saya tempohari. Kalau ikut style saya, saya suka saiz daging yang besar dan nipis. Selepas direbus dan diketuk ianya akan cantik, lembut dan bila digoreng akan rasa sedikit rangup. Tetapi memandangkan hari tu saya masak dendeng dalam kuantiti yang banyak, tak kuasa saya nak memotong besar-besar dan mengetuknya satu persatu.

Setahu saya , dendeng daging ni adalah masakan orang minang dan dendeng ni boleh dibahagikan kepada dendeng kering dan dendeng basah. Daging yang digunakan untuk ¬†dendeng kering akan dijemur dahulu barulah dimasak dan boleh bertahan berbulan-bulan lamanya tanpa diletakkan didalam peti sejuk . Bagi dendeng yang basah pulak, dagingnya direbus dan diketuk. Yang ni lah yang kita selalu buatkan. Bumbu bagi dendeng daging sepatutnya ditumbuk dan tidak terlalu halus. Ini kalau sesiapa yang nak cuba bolehlah tapi saya semestinya gunakan blender, cuma janganlah kisar terlalu halus…biar kasar-kasar sikit.

Mari kita tengok resepi yang saya telah olahkan sikit sini dan sana. Masak dendeng daging ni ikut kesesuaian sendiri. Bila masak tu boleh tambah dan kurangkan bahan-bahan ikut citarasa sendiri.

Dendeng Daging

Bahan-bahannya:

1 kilo daging

100-150  gram cili kering ( dikisar)

5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering

Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat

2/3 sudu besar cuka

Garam dan gula

Sedikit minyak untuk menumis

# Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging

Cara membuatnya:

Rebus daging sehingga empuk

Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper

Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam

Goreng daging, angkat dan toskan

Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak

Masukkan kicap dan gaul rata

Masukkan daging yang telah digoreng tadi

Masukkan garam, gula dan cuka

Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

Subscribe To Our Feed

enjoy this posts? subscribe to our feed please..

No Responses to “Dendeng Daging”

Leave a Reply