free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jun 21

Hantaran Perkahwinan Fudhail

Saya agak sibuk satu minggu kebelakangan ini kerana membantu membuat persiapan perkahwinan anak saudara saya Fudhail, anak keempat abang saya Azizi dan kakak ipar saya Zaihani.

Seperti mana majlis perkahwinan abang-abang dan kakaknya yang terdahulu, saya serta suami dan anak-anak turun padang membantu mana yang patut. Seperti mana majlis yang berlangsung dua tahun lalu (Nisah-Halim dan Naim-Miza), kali ini saya turut bertanggung jawab menyiapkan bekas-bekas hantaran perkahwinan, membuat kek perkahwinan serta membantu menghias pelamin serta bilik pengantin.

Walaupun perkahwinan kali ini berlangsung di dewan, kami tetap menghias rumah mereka di Cheras untuk meraikan mempelai.

Oleh kerana majlis diadakan pada hujung minggu di luar musim cuti sekolah, kami hanya dapat membantu di hujung minggu sahaja. Seminggu sebelum majlis, saya dan suami ke rumah abang untuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Sebenarnya saya hanya lebih jadi pengarah sahaja sebab yang memanjat bagai adalah Fudhail sendiri serta kakaknya Nisah. Dah tua-tua begini tak larat la pulak nak buat kerja lasak-lasak.

Apapun persiapan hantaran perkahwinan dilakukan lebih awal. Sebelum Kak Zai dan Fudhail datang menghantar barangan-barangan dan bekas-bekas hantaran (kami orang Perak panggil “Semerit”), saya dah menjelajah berbagai blog-blog perkahwinan mencari idea. Dari situ, sedikit-sedikit datang idea untuk membuat hantaran.

Tiga minggu sebelum majlis, Kak Zai datang menghantar barangan untuk digubah segala. Bila mereka pulang sahaja, saya terus ke SSF di Puchong untuk membeli bahan-bahan dekorasi. Dek kerana penuh semangat lagi, malam tu jugak saya mula bekerja menghias hantaran.

Pengantin memilih warna tema pink untuk hantaran dan saya pula mahukan sesuatu yang tampak simple, moden tapi ada unsur-unsur tradisional. Alhamdulillah, di SSF saya terjumpa jambangan bunga yang saya kira agak tradisonal. Bila digabungkan dengan warna lapik hantaran cream yang jarang yang di titip renda pink, sentuhan modern simple itu terus menyerlah.

Yang bestnya, kali ini kerja menghias hantaran menjadi lebih mudah dan cepat sebab anak-anak dara saya juga turut membantu. Banyak kerja-kerja remeh seperti memotong kain serta melekat renda dilakukan mereka. Suami juga turut memberi input (walaupun kadang-kadang bengang jugak saya dibuatnya sebab asyik memerintah aje dia).

Apapun, dalam masa seminggu saya selesai menyiapkan hantaran-hantaran yang diminta, kecuali tepak sireh, bekas buah-buahan, kek (yang saya buat dua tiga hari sebelum majlis) serta wajik pulut dari kakak saya di kampong.

Pada hari Jumaat, sehari sebelum majlis berlangsung, kami ke rumah abang saya untuk membuat persiapan terakhir. Suami saya memang cuti sementara anak-anak saya pula ponteng sekolah untuk turut membantu. Kala ini, saya mengambil kesempatan untuk memperkemaskan hiasan hantaran-hantaran yang ada, dan mengisi bekas hantaran buah-buahan. Kakak saya Azlah pula yang baru sampai dari Perak, terus menghias wajik di atas bekas hantaran yang disediakan serta bertanggung jawab ke atas tepak sireh (yang ini memang saya gagal… entah kenapa saya pun tak berapa berkenan nak menghias tepak sireh).

Hasilnya, memang boleh dibanggakan…. Saya rasa sungguh puas hati dengan hantaran yang disediakan dan berharap sangat pengantin juga turut gembira dengan hasil kerja saya.

Subscribe To Our Feed

enjoy this posts? subscribe to our feed please..

One Response to “Hantaran Perkahwinan Fudhail”

One Comment

  1. azianhasan says:

    Oooo…ada hati nak buat hantaran lagi sekali. Kena tengok dulu sapa calonnya baru boleh charge, mana le tau kot-kot artis ker!!!

Leave a Reply