free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 16

Ikan Patin Kukus

ikanpatinkukus

Kalau ikan patin masak tempoyak, ikan patin goreng atau kadang-kadang orang masak asam pedas ikan patin. Itu dah biasa dah. Tapi ikan patin kukus adalah sesuatu yang tak biasa di masak  .Malah ini adalah kali pertama saya masak sebegini.

Ceritanya bermula apabila saya disapa oleh jiran yang bertanya saya kenapa selalu beli ikan patin. Tentulah saya sebagai orang perak dan peminat tegar tempoyak selalu beli ikan patin untuk masak gulai tempoyak. Jadi beliau mencadangkan saya cuba kukus ikan patin pulak. Katanya sedap.

Dalam kepala saya fikir kalau nak kukus ikan mestilah guna ikan yang mahal sebab ikan yang mahal tu kan tak hanyir. Sebenarnya saya totally salah. Tak ada pun bau hanyir guna ikan patin. Tak berlendir dan tak hanyir. Malah puas makan sebab isinya banyak. Pastinya pilihan ikan kukus selepas ini ialah ikan patin.

Bagi ikan patin sebesar di atas tu saya gunakan bahan-bahan seperti di bawah. Sebelum terlupa . Sebaiknya guna ikan yang fresh. Tapi kalau sangsi akan status ikan tersebut disarankan basuh ikan tersebut dulu dengan garam dan asam jawa. Perap sekejap dan lepas tu bilas lah.Ok.

Bahan-bahannya:

2 inci halia muda

5 ulas bawang putih

6 biji cili padi merah

2 biji lemon

1 sudu teh serbuk lada sulah

1 sudu teh garam

Bahan-bahan sos:

1/2 sudu makan sos ikan

1 sudu teh gula

Cara membuatnya:

Cincang halus halia, bawang putih dan cili padi

Lumur ikan dengan garam dan lada sulah. Taburkan kesemua bahan yang dicincang.

Satukan bahan-bahan sos dan curahkan ke atas ikan

Perah lemoh , parut sedikit kulit lemon dan tuangkan ke atas ikan

Kukus ikan menggunakan api yang besar selama 9-10 minit. Siap

 

 

 

Subscribe To Our Feed

enjoy this posts? subscribe to our feed please..

No Responses to “Ikan Patin Kukus”

Leave a Reply