Aroma Bakeri – Muffin Blueberry

Aroma Bakeri – Muffin Blueberry

Cukup seimbang dari segi rasa manis, lemak dan masamnya. Inilah muffin yang Kak Yan suka.

Nak membuatnya pun tak susah sangat, malahan tak perlu guna mixer. Bahan-bahannya pun agak senang nak dapat. Kalau nak ubah bahan-bahannya pun boleh. Nak bubuh strawberry maka jadilah muffin strawberry. Kalau nak lebih berkhasiat, boleh gunakan tepung ‘wholemeal’.

Tak payah banyak-banyak fikir. Muffin tak perlu ada frosting apa apa pun. Dia jenis makan macam itu sahaja. Kenyang dan puas makannya.

Kalau Kak Yan buat muffin memang selalu Kak Yan biarkan bahagian luarnya garing sedikit, baru lah sedap.

Kak Yan belajar buat muffin dahulu sebelum belajar buat kek. Almakhlum lah masa tu tak ada mixer lagi. Buat muffin tak perlu guna mixer. Brownies pun macam itu jugak. Senang aje.

Jadi kalau ada masanya nak buat minum petang dalam kadar yang cepat, buat lah muffin.

MUFFIN BLUEBERRY

Muffin Blueberry

Bahan-bahannya:
125 g mentega
100 g gula castor
180 g tepung naik sendiri
150 ml susu segar
100 gram buah blueberri
2 biji telur
2 sudu teh soda bikarbonat
Cara membuatnya:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 C
Cairkan mentega
Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuangkan mentega ke atasnya. Kacau sebati.
Masukkan telur dan susu segar. Kacau menggunakan whisk ataupun garpu
Didalam bekas lain, campurkan tepung naik sendiri dan soda bikarbonat
Masukkan perlahan-lahan ke dalam campuran tadi
Masukkan separuh dari buah blueberri dan gaul sebati
Sendukkan adunan ke dalam bekas muffin dan taburkan separuh dari buah blueberri ke atasnya
Bakar selama 15-20 minit

Leave a Reply

Recipe Rating