free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Mar 01

Nasi Goreng Sambal Belacan

nasigoreng mak

Ni namanya nasi goreng sambal belacan. Yang ni bukan macam yang di jual kat kedai-kedai tom yam . Yang ni memang ‘rare’. ¬†Memang jarang boleh jumpa rasa nasi goreng macam ni. Ni lah nasi goreng sambal belacan cara orang dulu-dulu masak. Sedapnya tak terkira. Kalau sapa yang tengah diet tu jangan datang dekat-dekat. Baunya aje dah boleh kecundang diet tu.

Kat rumah ni memang selalu masak nasi goreng macam ni. Lagi-lagi kalau ada lebih sambal belacan. Dari mak, bapak sampai la ke anak-anak semuanya suka nasi goreng macam ni.

Hari tu saya upload gambar nasi goreng ni kat facebook dan instagram . Ramai pulak yang mencuba dan terus jatuh hati kat nasi goreng ni. Korang kalau tak percaya, cubalah. Tak susah mana pun nak masaknya.

Ni lah antara masakan arwah mak yang paling saya rindu. Walaupun saya rasa saya buat dah rasa sedap dah tapi arwah mak buat beribu-ribu kali sedapnya. Arwah mak dulu jarang masuk dapur sebab arwah mak dulu bekerja. Tapi sesekali masuk dan masak memang menjilat jari kaedahnya. Mak memang ada air tangan. Masak apa pun sedap. Masih terkenang nasi goreng kunyit mak, puding kacang merah..emmmm sedapnya.

Nak masak nasi goreng belacan ni senang aje. Janji ada sambal belacan yang power. Lagi sedap kalau guna nasi sejuk. Ok, macam ni caranya.

Ambik nasi sejuk dan gaul bersama sambal belacan, sedikit kicap dan garam, ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan goreng bawang merah sampai wangi. Masukkan nasi tadi dan goreng nasi sampai betul-betul garing. Dah pun siap.

Antara petua nak lagi sedap. Gaul nasi dengan sambal belacan sama rata. Kalau boleh picit -picit sikit nasi tu biar dia mesra betul bersama sambal, kicap dan garam. Lagi satu biar la bawang tu banyak sikit dan goreng sampai bawang tu berwarna perang dan wangi.  Ok, selamat mencuba tuan-tuan dan puan-puan.

Subscribe To Our Feed

enjoy this posts? subscribe to our feed please..

No Responses to “Nasi Goreng Sambal Belacan”

Leave a Reply