Sambal Cili Padi Ikan Tamban

Sambal Cili Padi Ikan Tamban

Kalau chef-chef ternama ada ‘signature dish’ mereka masing-masing, Kak Yan pun ada jugak. Sambal cili padi ikan tamban ini adalah signature dish Kak Yan. Tak ada orang lain buat. Direka dan dimasak oleh Kak Yan sendiri. Chewah, macam ayat perasan pulak ye.

Tapi memang betul. Sambal ni memang Kak Yan yang reka masa Kak Yan masih bersekolah menengah lagi.

Ceritanya bermula bila Kak Yan tak tahu nak masak apa bila ada tetamu nak datang rumah. Kena pulak tetamu tu datang untuk makan malam. Tak bagi tahu nak datang. Kira datang main redah aje lah.

Dulu mana lah ada supermarket ke, hypermarket ke yang bukak sampai ke malam. Yang ada hanyalah market atau pasar basah yang bukak sampai tengahari saja.

Jadi bila ada tetamu yang datang secara tiba-tiba, memang kena gunakan apa sahaja barang kering yang ada dirumah. Selalunya telur, ikan sardin dan ikan bilis lah yang menjadi mangsa.

Tapi disebabkan masa tu banyak sangat ikan tamban, Kak Yan gunakan sahaja ikan tamban tersebut.

Tahu tak macamana rupa ikan tamban?

Ikan tamban ni lagi murah dari ikan bilis. Saiznya pun lebih besar dan warnya pun berbeza dari ikan bilis. Senang cerita, boleh ‘google’ sahaja gambar ikan tamban.

Ikan tamban ni rasanya berlemak sedikit. Sedikit liat apabila di goreng. Itulah sebabnya Kak Yan kisar sahaja ikan tamban tu. Bila dimasak garing bersama bawang dan cili padi, hasilnya memang berdesup sedap. Pedas campur lemak ikan. Memang kenalah dengan citarasa Kak Yan.

Tetamu yang datang malam itu pun puji sedap. Makan dengan nasi kosong aje pun sedap, kata mereka.

Kak Yan sampai sekarang suka sangat sambal ikan tamban ini. Kalau buat memang orang rumah ni gila terus. Melompat-lompat seronok. Selalunya memang Kak Yan buat banyak-banyak dan simpan di dalam peti ais. Bila nak makan barulah keluarkan dan panaskan di dalam microwave.

Cubalah resepi ini. Kak Yan harap sangat. Sebab sedap dia lain macam.

Sambal Cili Padi Ikan Tamban

Bahan-bahannya:
400g ikan tamban
1 1/2 gengam cili padi hijau
3 labu bawang merah besar
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil kicap
cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan goreng ikan tamban sehingga garing
Angkat, toskan dan ketepikan sebentar
Mayang halus bawang merah dan bawang putih
Kisar kesemua cili padi (kasar-kasar sikit). Buang airnya/toskan air cili tersebut
Tinggalkan 3 sudu besar lebihan minyak tadi dan tumis bawang tadi
sehingga garing.
Masukkan cili padi
Masukkan garam ( ini mengelakkan bau cili yang boleh menyakitkan hidung)
Goreng sehingga naik minyak
Masukkan air asam jawa
Sementara itu, ambil ikan tamban tadi dan kisar menggunakan blender (Boleh tambahkan sedikit air)
Masukkan ikan tamban yang telah dkisar dan tambahkan kicap, sos tiram, garam dan gula
Apabila sambal sudah kering sedikit bolehlah ditutup api , angkat dan hidangkan.


This Post Has One Comment

  1. Rindu nak makan sambal ni.

Leave a Reply

Recipe Rating