free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Dec 19

Happy Birthday…Tuan Suami

Wajah Kesayangan Hamba bersama butter cake dan madeira sauce

Pada 14 Disember yang lepas adalah  hari lahir suami saya.  Baru aje sambut birthday Arissa dan Anniversary pada bulan November lepas, tup-tup dah birthday suami pulak. Tak ada idea nak sambut macamana. Bukanlah nak buat party pulak kerana selalunya kami sambut sesama kami sahaja. Cumanya tak tahu nak ‘decide’ samada nak masak sendiri atau nak makan diluar. Kalau nak masak sendiri, nak masak apa dan tema apa pulak. Begitulah jugak kalau nak makan diluar kat mana  dan berapa pulak budgetnya.

Bagi saya menyambut harijadi sesama keluarga sangat digalakkan. Nak sambut macamana dan nak bagi hadiah apa bergantunglah pada kemampuan. Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu. Dalam Islam melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11). Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang.Yang penting carilah keberkatan semasa menyambut harijadi tersebut. Dapat menggembirakan orang yang disayangi, itulah yang paling menggembirakan…If you don’t show appreciation to those that deserve it, they’ll learn to stop doing the things you appreciate…betul tak!

Berbalik kepada cerita yang tak sudah tadi, akhirnya saya dan anak-anak tekad nak makan diluar sahaja. Kat Alicafe Tiga Rasa di Subang Business Centre. Tak jauh mana pun dan kebetulan kami pun belum lagi pernah makan disana.  Alicafe Tiga Rasa tengah ada promosi untuk set lunch / dinner. Jadi inilah hidangannya…

Siakap Tomyam..ikannya garing dan kuahnya superb!!!

Pak Choy

Telur Dadarnya pun sedap

Ayam Goreng ..rangup dan sedap

Nasinya lembut sesuai dengan citarasa kami sekeluarga

Betul ke harganya cuma RM 69.90 aje???

3 orang anak perempuan saya...

Ini hadiah dari Alia untuk bapa kesayangannya. Alia ni walau macamana pun dia mesti bagi hadiah untuk sesiapa punya birthday. Ini pun dia rasa bersalah sebab tak dapat beli hadiah untuk bapaknya sebab tak ada budget.

He,he,,,he. Inilah yang dikatakan rezeki.  Tetiba kawan rapat saya dan suami dan dah kami anggap seperti kakak sendiri datang kerumah dan masak Nasi Bukhari untuk ‘birthday boy’.  Sikit punya best ke, macam cerita ‘take home chef’. Alhamdulillah dapatlah kami makan Nasi Bukhari berulang-ulang kali. Jika anda hendak mencuba resipinya klik disini. Dijamin sedap!