free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Nov 30

Ayam Cendawan

ayamcendawan1

Masa cuti sekolah ni mesti mak-mak kat rumah  pening kepala nak masak apa untuk anak-anak kan. Tambahan pulak cuaca yang sentiasa mendung ni memang dapur kena selalu berasap la.

Saya dah lama tinggalkan kalender cuti sekolah ni. Anak-anak dah tak ada yang bersekolah lagi. Kadang-kadang tu tak tau pun cuti sekolah dah mula. Tup..tup terasa sunyi aje jalan raya. Barulah tahu rupanya  sudah cuti sekolah kaedahnya.

Lain macam rasanya bila anak-anak dah tinggalkan sekolah ni. Seronoknya macam rasa nak menjerit satu taman. Hilang separuh dari stress hidup. Tak payah kelam kelibut pagi-pagi nak iron baju, nak buat sarapan, nak hantar anak ke sekolah. Bila balik sekolah pulak tak payah stress tengok  anak-anak penat buat kerja sekolah yang menimbun-nimbun. Tapi itu adalah sebahagian dari rencah kehidupan yang kena tempuh cuma sekarang ni terasa lebih lega . Alhamdulillah.

Walau apa pun kita sebagai emak pastinya tak lari dari kerja menyediakan hidangan untuk keluarga. Kadang-kadang tu nak masak menu  simple yang anak-anak boleh makan sekali. Atau yang lagi best masak satu menu sahaja yang  lengkap ada segala-gala ada didalamnya. Macam menu kat bawah ni. …

Ayam Cendawan

Bahan-bahannya:

Separuh ayam(Dipotong kecil)

2 inci halia muda(Dipotong nipis)

3 ulas bawang putih(Dicincang halus)

5 biji cili padi(Dipotong nipis)

2 biji cili merah(Dipotong nipis)

7 tongkol jagung muda(Dipotong menyerong)

Segengam cendawan hitam (Direndam sehingga lembut dan dipotong kecil)

4 sudu makan minyak

Bahan-bahan perasa

1 sudu teh serbuk stok ayam

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

2 sudu teh minyak bijan

1 sudu teh cuka

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan perasa. Sebelahkan

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.

Masukkan halia, bawang putih, cili padi, cili merah dan jagung muda. Masak sehingga wangi

Masukkan cendawan hitam dan bahan perasa. Kacau sekata dan masak sehingga kuahnya mendidih.