free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Nov 07

Ayam Masak Kicap Chinese Style

ayammasakkicapchinesestyle

Kadang-kadang masak simple-simple tapi hasilnya sedap. Masak ni ada pelbagai cara. Nak masak ayam masak kicap pun ada beratus-ratus cara. Sedapnya sesuatu masakan tu bukan 100 % terletak pada bahan-bahan. Kadang-kadang pada teknik memasak jugak.

Itu sebabnya kena rajin mencuba macam-macam resepi. Mana yang rasa sesuai maka stick to it la. Yang penting rasa tu kena balance ye tuan-tuan dan puan-puan.

Ayam masak kicap macam kat atas tu paling senang di masak. Tak payah nak goreng dulu ayam, tak payah nak potong bawang merah. Bahan-bahan pun tak banyak. Kuah dan ayamnya tak berminyak.

Elok le kalau masak untuk orang yang nak kurus. Tak payah makan nasik. Ratah macam itu pun sedap. Gandingkan pulak dengan sayur sawi jeruk. Tambah pulak rasa masam. Lengkap rasanya.

Saya dah tua ni baru tau rupanya ada cara masak ayam kicap main rebus aje. Itu pun nasib baik saya tertengok rancangan masakan cina kat televisyen. Saya pun follow le resepi dia. Nak cuba? Jom ….

Seperti biasa kuantiti bahan-bahan main agak-agak lah ye.  Tukang masak ni selalu lupa nak tulis lepas masak.

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis halia muda sehingga wangi.

Masukkan air, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan cili kering yang dipotong pendek.

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang , brown sugar dan daun bawang yang dipotong kasar.

Terjunkan  ayam dan masak sampai kuah dia pekat pastu bubuh sikit minyak bijan.

Siap.

Apr 26

Ayam Masak Kicap

ayammasakkicap

Saya suka ayam masak kicap yang pekat sebegini. Tambah lagi bila ada kacang pis dan ubi kentang. Memang ada banyak cara dan resepi untuk masak ayam masak kicap. Ada yang cair dan sebagainya. Saya juga selalu masak menggunakan pelbagai resepi tetapi yang ini adalah kegemaran keluarga saya. Bila kita berada didapur, kadang-kadang kita memasak ikut gerak hati . Apa yang ada didalam peti sejuk , itulah yang dijadikan bahan-bahan untuk memasak. Itulah sebab  orang kata orang yang memasak ni perlu kreatif , jadi taklah  selalu stress di dapur. Kalau masak lauk pauk ni tak perlu terlalu bergantung kepada resepi. Tau teknik dan bahan-bahan utama sudah mencukupi. Jangan nanti sebab tak ada sos tiram, tak nak gunakan resepi ini…ok..jom masak.

Bagi resepi ini kita perlu menggoreng ubi kentang dan ayam dahulu. Saya suka gaulkan ayam dengan garam dan serbuk lada sulah dan apabila hendak menggoreng barulah digolekkan ke dalam tepung gandum. Ini akan menjadikan ayam ‘juicy’ didalam dan garing diluar. Tak perlu goreng sampai begitu garing. Sekadar 3/4 masak sudah cun. Semasa menumis pula saya akan masukkan gula dahulu sebelum masukkan kicap. Ini akan menjadikan kuahnya kilat dan cantik. Jadi inilah asas memasak ayam masak kicap.

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (Dipotong ikut suka)

3 biji ubi kentang(Dipotong wedges)

Sedikit tepung gandum

1 cawan kacang pis

1 kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 sudu makan cili kering kisar

3 sudu makan kicap biasa

1 sudu makan kicap pekat

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan sos tiram

Minyak untuk menggoreng

Garam dan serbuk lada sulah

Sedikit air

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang merah besar

2 inci halia

2 ulas bawang putih

1/2 sudu teh jintan putih

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh lada hitam

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan goreng kentang. Angkat dan ketepikan

Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk lada sulah dan kemudian golekkan ke dalam tepung

Goreng sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan

Tinggalkan dalam dua sudu makan lebihan minyak menggoreng dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.

Masukkan bahan-bahan yang dikisar . Masak sehingga terbit bau.

Masukkan cili kering dan  kacau sehingga terbit minyak

Masukkan gula. Kacau sebati

Masukkan kesemua kicap dan sos tiram . Gaul sebati

Masukkan ayam, ubi kentang dan kacang pis

Jika kuahnya agak pekat, masukkan sedikit air

Apabila kuah sedah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan