free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Nov 17

Ayam Masak Sos Tiram

ayamsostiram1

Duduk kat rumah ni memang akan ada satu penyakit. Setiap jam , setiap minit fikir nak makan apa. Habis breakfast dah fikir nak makan apa tengahari nanti. Dan begitulah seterusnya. Kena pulak musim hujan ni. Bila petang nak makan benda yang berat-berat aje.

Bila difikirkan balik masa zaman muda remaja dulu . Masa tu berat badan pun agak ringan…makan pun boleh lupa. Kalau dinner tu selalu ajer terlupa. Sedar-sedar dah pagi. Tak boleh ke jadi macam tu sekarang kan.

Sekarang ni pulak ibarat tak boleh berpisah dengan nasi. Kalau tak dapat nasi boleh menggeletar satu badan dibuatnya. Ingat arwah mak dulu, pagi-pagi dah cari nasi sejuk dengan sambal belacan. Nasi sejuk, sambal belacan dan goreng telur saja memang dah dapat memancing selera mak. Cuma pada akhir-akhir usia beliau, mak dah tak nak makan nasi sejuk setiap hari.

Keluarga saya juga memang suka makan nasik. Dahlah tu lauk pauk kena pedas-pedas. Satu lagi penyakit kami anak beranak iaitu tak berapa suka sangat beli lauk kat kedai melainkan dah terpaksa. Jadi mak ni memang memerah otak setiap hari memikirkan apa nak masak. Anda pula bagaimana?

Kali ni saya nak kongsi ayam masak sos tiram. Yang istimewanya resepi ini menggunakan belacan bagi menaikkan rasanya. Sedap dan senang dibuat. Cuba ye…

Ayam Masak Sos Tiram

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam(Dipotong sederhana kecil)

3 sudu makan sos tiram

2 sudu makan cili kering kisar

1/4 sudu teh garam

1/4 sudu teh gula

3 sudu makan minyak

Bahan Kisar

2 biji bawang merah besar

3 ulas bawang putih

1 sudu teh belacan

2 sudu makan bawang goreng

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

Masukkan cili kering dan masak sehingga cili garing

Masukkan gula. garam dan sos tiram

Akhir sekali masukkan ayam dan sedikit air

Masak sehingga ayam masak dan kuahnya pekat.

Jika suka boleh masukkan tomato dan daun ketumbar.