free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jun 07

Buku ‘ Tolong! Saya Hanya Ada 60 Minit “


buku60minit1

Apa yang anda akan lakukan jika hanya ada 60 minit sahaja untuk masak makan malam keluarga? Ataupun anda hanya ada 60 minit untuk masak bagi tetamu yang hendak datang  makan malam ataupun makan tengahari?

Apabila keadaan terdesak seperti ini pastinya anda perlukan  bantuan tentang idea dan resepi yang menarik. Nak google sana sini pun pastinya mengambil masa. Jangan risau… Buku Tolong! Saya hanya ada 60 minit pasti dapat membantu anda.  Packed with best-loved recipes for quick & simple recipes, this book helps you get dinner on the table in 60 minutes or less!

60minit1

Beginilah rupanya satu hidangan di dalam buku 60 minit. Lengkap dengan pencuci mulutnya sekali. Nampak elegant dan menarik sekali. Bak kata orang sekarang..ada kerlass.

60minit2

Anda juga boleh menghidangkan menu Ala -Barat . Pasti ianya akan menjadi hidangan yang bermakna untuk anda sekeluarga.

60minit3

Saya ingin setiap keluarga mengambil kira tentang pentingnya duduk makan semeja bersama keluarga Disitulah nanti akan terbitnya kasih sayang sesama sendiri. Cubalah dan moga dipermudahkan…

60minit4

Masaklah mengikut citarasa keluarga anda. Yang sukakan pedas dan lauk ala kampung juga mempunyai banyak pilihan. Dapatkan buku ini sekarang!

Ada 1001 sebab  anda perlu memiliki buku ini. Selain ianya dapat membantu anda memasak menggunakan resepi-resepi yang mudah dan sedap, penampilan cara memasak dengan menggunakan teknik memasak ‘batch meal’ akan dapat menjadikan anda seorang yang cekap memasak di dapur. Himpunan resepi selama 20 hari bekerja juga dapat mengurangkan pening kepala surirumah bekerja yang ingin memasak hidangan makan malam. Milikilah buku ini dan anda akan dapat cari 1001 keistimewaan buku ini. Kalau tak dapat 1001 pun tak apa. Apalah yang ada pada nombor kan..hihi.

Dibawah ini ialah video memasak saya bersama Aloy Paradoks menggunakan dua resepi yang diambil dari buku Tolong! Saya hanya ada 60 minit. Bukan sahaja makanan-makanan itu nampak sedap, pemandangannya pun sangat cantik disamping penampilan kami yang selamba jer. Klik kat link ini dan bersiaplah untuk gelak.

Beli terus dari saya..Whatsapp 01115139882

videopts1

 

Mar 01

Pinjan

pinjan1

Pinjan – A love Story

Saya tak ingat semenjak bila saya mula jatuh cinta dengan pinjan ,tapi yang pasti cinta tu tak pernah berubah sampai sekarang..ehem..ehem. Ok..pinjan tu bukan nama orang ye…tu yang gambar kat atas tu.

Orang Perak panggil pinjan. Kat tempat lain tak tau la pulak panggil apa. Kalau orang putih deme panggil Caramelized Palm Sugar Cassava. 

Pinjan adalah sejenis juadah manisan yang paling senang dibuat. Ada ubi kayu dan ada gula merah dah boleh buat dah. Janji ubi kayu kena yang jenis gebu gebas. Barulah pinjan tu meletop-letop sedapnya. Pinjan ni dah semakin dilupai orang. Anak-anak saya pun tak tau apa itu pinjan. Cuba google ‘pinjan’, entah apa-apa yang keluar. Yang paling sedih kat wikepedia pun tak ada.

Buat pinjan ni main agak-agak ajer. Kuantiti gula merah ikut citarasa sendiri. Nak gula kabung ker atau gula yang seangkatan dengannya pun boleh. Yang penting, pastikan ubi tersebut betul-betul empok sebelum dibubuh gula merah.

Pinjan

Bahan-bahannya:

400 gram ubi kayu

2 helai daun pandan(Disimpul)

Air secukupnya untuk merebus ubi

300 gram gula merah(kuantiti ikut suka)

1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:

Rebus ubi kayu sehingga lembut, toskan

Di dalam periuk yang lain didihkan dalam 1 cawan air dan masukkan gula merah, daun pandan dan garam

Masak sehingga mendiidh dna kemudian masukkan ubi kayu,. Gaul rata

Masak selama 4-5 minit sehingga ubi kayu betul-betul lambut dan gula dah meresap ke dalam ubi kayu

##Nak nampak pinjan lebih elegant….gunalah pinggan luminarc. Boleh klik disini untuk melihat pelbagai pinggan mangkuk yang cantik-cantik.

Luminarc-logo-dinner

 

Jan 30

Mee Sup Daging (Chinese Style)

beefnoodles1

Semangkuk mee sup daging sebegini selalunya dihidangkan sebagai ‘fast food” di China. Mengandungi pelbagai perasa dan khasiat serta boleh dijadikan makanan lengkap. Supnya tidak berminyak dan mengandungi rasa rempah ratus dan halia yang banyak. Sungguh menyegarkan apabila dimakan semasa masih panas.

Teringat semasa saya masih bersekolah dahulu. Setiap pagi saya pasti melalui gerai-gerai makanan tionghua yang menghidangkan pelbagai sup yang panas-panas. Setiap kali lalu pasti nampak uncle-uncle yang menghirup kuah sup dari mangkuknya. Di Malaysia. hidangan sup sebegini sudah dianggap sebagai ‘street food’ adanya.

beefnoodles3

Jom tengok dekat-dekat…ada rasa terliur? 

Memasaknya sungguh seronok…sebab tak payah kupas bawang merah. Mee sup daging ini tidak memerlukan bawang merah. Ianya digantikan dengan daun bawang . Apabila halia, bawang putih dan daun bawang ditumis sekali bersama daging, baunya memang wangi. Daging mestilah betul-betul lembut barulah best. Lagi lama kuahnya dimasak bersama daging , lagi sedaplah rasanya.

Ok…jom tengok resepi…opps…yang ni saya pakai periuk luminarc. Cantik dan boleh terus dihidangkan…kerlas kan.

Luminarc-logo-dinner

Mee Sup Daging (Chinese Style)

Bahan-bahannya:

1 bungkus mee kuning (Dibasuh dan dicelur)

500 gram daging(Direbus sehingga lembut dan dipotong nipis)

2 cm halia muda(Dicincang halus)

2 ulas bawang putih (Dicincang halus)

1 cekak daun bawang(Dipotong kasar)

1 kuntun bunga lawang

1 kulit kayu manis

1 sudu teh chinese five spice powder

2 sudu teh sos ikan (optional)

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan sos tiram

Sedikit jus lemon

1 cekak chinese salad(Dipotong kasar)

Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

1 sudu makan minyak

Air/ stok daging secukupnya

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan daun bawang. Masak sehingga terbit bau.

Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.

Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis

Tuangkan Stok daging ataupun air bersama five spice powder. Reneh sehingga kuahnya pekat sedikit dan daging betul-betul lembut.

Masukkan kicap cair, sos tiram, sos ikan dan perasakan dengan garam dan lada sulah

Tutup api dan masukkan chinese salad.

Taburkan dengan sedikit daun bawang.