Dua buah buku Idea Bekal ke Pejabat sudah ada di pasaran. Ianya terbahagi kepada dua iaitu menu ala Asia dan menu ala Barat. Saya kongsikan pelbagai resepi yang mudah dan menarik khusus bagi mereka yang hendak memulakan projek membawa bekal ke pejabat. Bila cakap pasal masak untuk buat bekal ni , muka kena senyum sikit..barulah feel.
Ok..sebenarmya tak susah nak masak bekal untuk keluarga jika kita mengikut tips memasak yang betul. Yang penting kita kena buat persediaaan memasak terlebih dahulu. Ini nanti saya cerita…
Kebanyakan resepi-resepi di dalam kedua-dua buku ini saya telah olahkan supaya ianya menjadi mudah dan mengandungi bahan-bahan yang senang didapati. Kalau tengokkan tajuk resepinya macam ngeri jer nak masak tetapi bila dicuba ianya tak lah sesusah mana. Kena pulak kalau dah siap segala bahan-bahannya terlebih dahulu. Bak kata orang..’kacang jer”.
Antara tips yang dikongsikan di dalam kedua-dua buku adalah bagaimana untuk membuat persiapan sebelum memasak. Anda perlu gunakan satu atau dua jam waktu pada hujung minggu bagi membuat persediaan bahan-bahan mentah. Bahan-bahan seperti sayur-sayuran, bawang, ayam dan daging boleh dibersihkan dahulu, dipotong, disimpan ke dalam ziploc bag dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Anda juga perlu merancang menu untuk seminggu supaya segala urusan pembelian bahan-bahan mentah dan persiapan memasak dapat dibuat dengan lancar. Kerja dapur ni memerlukan kreativiti dan kebijaksanaan gitu. Kalau tak alamatnya rushing sana-sini dan akhirnya badan penat dan kerja tak siap.
Isi kandungan Buku Idea Bekal ke Pejabat Menu ala Asia
Isi kandungan Buku Idea Bekal ke Pejabat Menu ala Barat
Selepas ini saya harap wanita yang super-sibuk pun boleh masakkan bekal untuk suami dan anak-anak. Semoga selepas ini melimpah ruahlah kasihsayang sekeluarga. Boleh jimat, boleh makan makanan yang berkhasiat dan bersih..mana tak melimpah ruah kasihsayangnya..InsyaAllah
Bagi yang berminat untuk memiliki buku-buku bekal, boleh beli terus dari saya
Message/Whatsapp 01115139882
Kesemua buku-buku bekal saya..
SIGNED COPIES DARI SAYA
Dan kalau anda nak beli buku dan disign oleh saya dan dibalut cantik-cantik .Sila email saya di azianhasan69@gmail.com atau whatsapp saya di 01115139882 ( Whatsapp lebih senang sebab saya tak boleh berenggang dengan phone saya…)
SMS/ WHATSAPP
011-15139882
011-15139882
011-15139882