free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 26

Lasagna Gulung Berinti Bayam- BentoNLKO

nlkolasagna3

Aiseyman minggu lepas punya Bento Nasi Lemak Kopi O sedondon pulak warna baju dengan Ustaz Fakhrul. Kalau nak diikutkan setiap kali nak bersiaran di Nasi lemak Kopi O, perut ni akan memulas-mulas. Bermula dari hari Khamis lagi dah terasa tak senang duduk. Walaupun saya ke udara bukannyalah lama sangat. Slotnya pun bukannya serius pun tapi bila dah dikatakan siaran langsong, memang hati ni dup dap dup dap ajer setiap minggu.

Dah dekat 10 bulan saya bersiaran dalam slot Bento Nasi Lemak Kopi O. Saya tak pernah menulis tentang pengalaman saya disana. Entah kenapa macam susah betul nak bercerita.

Whatever it is, I feel truly honoured to be given the opportunity to be featured in Nasi Lemak Kopi O morning talk show every Friday. I can’t thank enough for this – never in a million years I imagine myself, a nobody really, to be on TV let alone every week. Despite the jitters that I have to experience come every Thursday, I must say I am enjoying the experience. Not because I am on TV but more because I am able to be working with fun and kind people of the NLKO production team and the hosts. I am still in awed of them.

Another thing is that I am allowed to be myself on air. In fact they encouraged me to be myself all the time. So what you see is what you get, really. All of it you know, including the forever confused and hapless me.

Jadi selepas ni saya harap dapat menulis tentang pengalaman saya bersama bento nlko setiap minggu. Kena bagi rajin balik ni menulis. Bagi sesiapa yang tak sempat nak salin resepi Jumaat lepas iaitu Lasagna Gulung berinti Bayam, ini resepinya.

nlkolasagna4

Lasagna Gulung Berinti Bayam

Bahan-bahannya:

12 keping lasagna(Direbus dan ditoskan)

Segengam bayam hijau(Dicelur dan ditoskan)

2 sud makan cendawan shitake(Dihiris halus)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu makan sos karbonara

1 biji telur

2 cawan keju cheddar

2 cawan sos spaghetti

Cara membuatnya:

Campurkan telur bersama keju cheddar, bayam, cendawan shitake, sos karbonara, garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati

Ambil kulit lasagna, letakkan inti ditengah-tengahnya dan gulung kemas.

Letakkan separuh dari sos spaghetti ke dalam bekas dan susun lasagna tadi di atasnya.

Tuangkan separuh dari sos spaghetti tadi dan sedikit keju diatasnya.

Bakar pada suhu 200 C selama 10-15 minit.

 

 

Jan 14

Tahun Baru – Cerita Baru

Masuk tahun 2016 ni, dah tetiba pulak dapat tawaran masuk TV. It started when my husband and I were driving to Sitiawan, Perak to attend my nephew punya wedding. Dalam sibuk melayan lagu k-pop yang didownload oleh sang suami tetiba masuk call from program bicara pagi Nasi Lemak Kopi On TV9 menjemput untuk turut serta bersiaran. Dan dan tu juga saya panic.

Dan perkara pertama yang terlintas dalam fikiran….macamana nak diet ni..tak sempat!!!Taula orang plus size macam saya tentu la risau sebab orang cakap kalau kat dalam tv you will gain like 10 pounds!!??

Tapi suami saya cakap terima je… ini peluang untuk melebarkan sayap. (we suspect the invitation has something to do with one of the senior producers at TV9 Wan Sabariah, who happens to be a close family friend and my husband’s former colleague – so thanks Wan Sab for opening the door for me)

Lagi dua tiga hari nak masuk TV, tak senang duduk dibuatnya. Buat ni tak kena, itu tak kena. Kadang rasa bodoh sendiri pun ada.

PhotoGrid_1451699921591

Yang ni penampilan pertama saya di Nasi Lemak Kopi O pada 1 hb Januari 2016. Bersama pengacara Luq dan Talib yang suka sangat menyakat. Segalanya berjalan lancar walaupun ada rasa kekok sana sini. By the way, gambar paling bawah kiri tu saya dengan Wan Sab, puan producer tersohor uolls. Dan sebelah tu pulak saya bersama editor saya Rafiza Rahman yang datang memberi moral support pada saya… nasib baik dia datang jugak walau pun hari tu public holiday. Terima kasih yaaa.

PhotoGrid_1451942532215

Yang ni pulak penampilan saya di dalam rancangan Wanita Hari ini pada 4 hb Januari 2016. Sebenarnya keseluruhan rancangan ini adalah berkenaan isu permulaan persekolahan. Jadi dapatlah saya menyelit sana sini dalam slot penyediaan bento.

Yang dibawah ini pulak dalam Nasi Lemak Kopi O baru-baru ini. Bersama dua orang pengacara yang jelita  Hunny Madu dan Aida.

Harapan saya semoga slot saya ini akan memberi sedikit sebanyak idea kepada para penonton tentang resepi dan tips untuk menyediakan bento.  Semoga semuanya baik-baik sahaja.

FB_IMG_1452587706181

Oct 20

Buku Idea Bekal ke Pejabat

bukubekalkepejabat

Dua buah buku Idea Bekal ke Pejabat sudah ada di pasaran. Ianya terbahagi kepada dua iaitu menu ala Asia dan menu ala Barat. Saya kongsikan pelbagai resepi yang mudah dan menarik khusus bagi mereka yang hendak memulakan projek membawa bekal ke pejabat. Bila cakap pasal masak untuk buat bekal ni , muka kena senyum sikit..barulah feel.

Ok..sebenarmya tak susah nak masak bekal untuk keluarga jika kita mengikut tips memasak yang betul. Yang penting kita kena buat persediaaan memasak terlebih dahulu. Ini nanti saya cerita…

Kebanyakan resepi-resepi di dalam kedua-dua buku ini saya telah olahkan supaya ianya menjadi mudah dan mengandungi bahan-bahan yang senang didapati. Kalau tengokkan tajuk resepinya macam ngeri jer nak masak tetapi bila dicuba ianya tak lah sesusah mana. Kena pulak kalau dah siap segala bahan-bahannya terlebih dahulu. Bak kata orang..’kacang jer”.

Antara tips yang dikongsikan di dalam kedua-dua buku adalah bagaimana untuk membuat persiapan sebelum memasak. Anda perlu gunakan satu atau dua jam waktu pada hujung minggu bagi membuat persediaan bahan-bahan mentah. Bahan-bahan  seperti sayur-sayuran, bawang, ayam dan daging boleh dibersihkan dahulu, dipotong, disimpan ke dalam ziploc bag dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Anda juga perlu merancang menu untuk seminggu supaya segala urusan pembelian bahan-bahan mentah dan persiapan memasak dapat dibuat dengan lancar. Kerja dapur ni memerlukan kreativiti dan kebijaksanaan gitu. Kalau tak alamatnya rushing sana-sini dan akhirnya badan penat dan kerja tak siap.

bukupejabatasia

bekalpejabatasiakandungan

 Isi kandungan Buku Idea Bekal ke Pejabat Menu ala Asia

bekalpejabatbarat

bekalpejabatbaratkandungan

 Isi kandungan Buku Idea Bekal ke Pejabat Menu ala Barat

Selepas ini saya harap wanita yang super-sibuk pun boleh masakkan bekal untuk suami dan anak-anak. Semoga selepas ini melimpah ruahlah kasihsayang sekeluarga. Boleh jimat, boleh makan makanan yang berkhasiat dan bersih..mana tak melimpah ruah kasihsayangnya..InsyaAllah

Bagi yang berminat untuk memiliki buku-buku bekal, boleh beli terus dari saya

Message/Whatsapp 01115139882

4buku

Kesemua buku-buku bekal saya..

SIGNED COPIES DARI SAYA

Dan kalau anda nak beli buku dan disign oleh saya dan dibalut cantik-cantik .Sila email saya di azianhasan69@gmail.com atau whatsapp saya di 01115139882 ( Whatsapp lebih senang sebab saya tak boleh berenggang dengan phone saya…)

SMS/ WHATSAPP

011-15139882

011-15139882

011-15139882

 

 

Aug 17

Jejari Ayam Gebu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Demam berbento dah semakin menular kat negara kita. Kalaulah anak-anak saya masih kecil, tentulah saya bersilat pagi-pagi nak buat bento yang sedap dan cantik. Memang saya dari dulu sampai sekarang membuat bekal untuk anak-anak ke sekolah cumanya pilihan resepi agak terhad. Selalunya saya hanya goreng sosej dan nugget sahaja. Sekadar hendak menjimatkan wang belanja anak tetapi khasiatnya masih kelaut.

Dari segi dasarnya memanglah banyak kebaikannya bagi anak-anak yang membawa bekal ke sekolah. Dari segi kesihatan dan juga dari segi menjimatkan duit belanja keluarga. Namun bagi saya ianya lebih dari itu. Di zaman anak-anak saya bersekolah, tak ramai yang sanggup bawak bekal ke sekolah. Alasan besarnya ialah…malu. Nanti kawan cakap itu, nanti kawan cakap ini. Sampai ke tahap bila dah dicop sebagai orang yang bawak bekal maka diasingkanlah ke dalam kumpulan yang tertentu . Dicop macam orang kuno.

Anak-anak saya tak pernah rasa rendah diri atau malu untuk membawa bekal ke sekolah. Bagi mereka itu dah cukup membanggakan kerana mak mereka sanggup membuat bekal untuk mereka. Dari situ anak-anak saya belajar untuk menghormati diri sendiri dan menghilangkan rasa emotional yang tak tentu pasal. Sekarang ni ibarat tak boleh dipisahkan dengan bekal pulak. Kerja dan belajar kat mana pun mesti nak bawa bekal. 

Bagi mereka yang berhasrat hendak membuat bekal untuk anak-anak, bolehlah mendapatkan buku bekal saya . Anda boleh klik kat bannner sebelah ni.  Kalau nak cuba dulu boleh buat ayam goreng gebu ini untuk bekal anak esok…jom!

Jejari Ayam Gebu

Bahan-bahannya: 

100 gram isi ayam(Dipotong memanjang)

I ulas bawang putih(Dicincang halus)

¼ sudu teh garam

¼ sudu teh serbuk cili

¼ sudu teh serbuk lada sulah

1 sudu teh baking powder

½ sudu teh baking soda

1 ¼ cawan tepung gandum

¾ cawan air sejuk

Minyak untuk menggoreng

 

Cara membuatnya:

 

Gaul ayam bersama serbuk cili, bawang putih, garam dan lada sulah.

Campurkan baking powder, baking soda dan tepung. Gaul hingga sebati

Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

Boleh tambahkan sedikit air lagi jika adunannya agak pekat.

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Nota: Resepi untuk nasi jepun ada didalam Buku Bekal keSekolah Menu Asia

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

And juga boleh dapatkan tip-tip berbento dan yang paling bestnya anda boleh mencuba sos-sos yang terdapat didalam buku saya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia dan Menu Barat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya selalunya akan balut lawa-lawa tau..

20150521_090802

Idea Bekal Ke Pejabat Menu Asia pun ada.

Dec 29

Buku Idea Bekal ke Sekolah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bukannya senang nak bangkit awal pagi dan bersilat di dapur semata-mata nak siapkan bekal anak. Dah tu tak tau pulak nak masak apa. Takkan hari-hari nak bekalkan nasi goreng. mee atau mee-hoon goreng. Kat sekolah pulak macam-macam ada dijual. Tak ke nanti anak-anak terliur tengok kawan kat sebelah makan makanan yang agak fancy.

Itu satu hal. Ada pulak cerita ada anak-anak malu nak bawak bekal ke sekolah. Malu nanti kawan-kawan ejekkan. Malu pulak nanti orang kata mak ayah tak cukup duit nak bagi duit belanja sekolah.

OK…sekarang mari kita tukar segala-galanya. Tahun 2015 ni kita ubah semuanya. Kita sediakan bekal yang berkhasiat, sedap dan cantik kepada anak-anak kita. Biar anak-anak kita rasa bangga bawak bekal ke sekolah yang dimasak oleh ibunya. Tambahan pula ia menjimatkan.

Anda ketandusan idea? Jangan risau! Kini ada buku yang dapat membantu anda menyediakan bekal anak-anak ke sekolah dengan mudah dan cepat. Eh! Bukan satu buku tau…. malahan ada dua buku untuk dijadikan panduan… 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kita mulakan dengan buku pertama iaitu buku Idea Bekal ke Sekolah- Menu Asia.

Buku ini menampilkan pelbagai resepi yang sesuai dengan citarasa orang Asia. Ada pelbagai resepi berasaskan nasi, mee, mee-hoon dan juga pelbagai lauk-pauk dan roti.  Ada resepi mengikut masakan melayu, cina, india, indonesia, jepun, korea dan arab. Yang paling bestnya ialah buku ini menampilkan penyediaan pelbagai sos yang boleh dibuat dahulu dan disimpan didalam peti sejuk. Jadinya taklah perlu nak kelam-kabut diwaktu pagi. Ikut sahaja langkah-langkah di dalam buku ini. Mudah aje.

Pesanan Penaja…Hasil dari buku, semakin ramai ibu-bapa rajin memasak untuk anak-anak. Nah, linknya . Klik je kat sini dan boleh beli online.

KLIK

KLIK

cover6

Mama saya dah beli, anda bila lagi?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Buku Idea Bekal ke Sekolah- Menu Barat ini pula memang sesuailah dengan citarasa anak-anak yang sukakan junk-food. Lepas ni tak payah beli dah segala junk -food. Boleh buat sendiri aje, bukannya susah sangat. Selain dapat menjimatkan wang ianya dibuat dari bahan-bahan yang ada di sekitar dapur anda sahaja. Di dalam buku ini saya berkongsi tips untuk anak-anak anda yang cerewet dengan makanan. Dah memang selalu sangat saya dengar keluhan ibubapa yang komplen bahawa anak-anak mereka tak suka makan sayur. Jangan stress, cuba sahaja beberapa resepi yang didalamnya mengandungi pelbagai sayur tetapi anak-anak and tidak menyedarinya pun. 

Macam menarik kan…Ini linknya kalau anda nak beli secara onlini. Klik disini ye…

KLIK

KLIK

SIGNED COPIES DARI SAYA

Dan kalau anda nak beli buku dan disign oleh saya dan dibalut cantik-cantik macam kat bawah ni, sila email saya di azianhasan69@gmail.com atau whatsapp saya di 01115139882 ( Whatsapp lebih senang sebab saya tak boleh berenggang dengan phone saya…)

SMS/ WHATSAPP

011-15139882

011-15139882

011-15139882

cover8

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nak bagi hadiah kat orang pun boleh, bagitau saja..bisa diatur!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jom tengok testimoni..Tak sah kalau tak ada testimoni kan…

IMG_20141225_182100

IMG-20141227-WA0001

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membeli buku-buku saya samada secara online ataupun terus dari saya. Saya amat-amat menghargainya # sayajual. Oh ya… anda juga boleh dapatkan secaa langsung di kedai-kedai buku ternama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan lain-lain.  Jom follow saya kat Instagram ..di sini

 

 

 

Oct 21

Buku Bekal Ke Sekolah Menu Ala Barat

coverbuku2

Buku kedua saya sudah diterbitkan. Selepas menghasilkan buku Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia, saya telah dipanggil semula untuk shooting buku kedua saya yang bertajuk Idea Bekal Ke Sekolah Menu Barat.

Ini adalah untuk melengkapkan edisi buku bekal kanak-kanak ke sekolah. Dengan gabungan kedua buku maka ibu-ibu di luar sana dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memilih menu bekal untuk anak-anak mereka.  

Terdapat 44 resepi menarik didalam buku iniyang menampilkan makanan ala gaya barat. Namun begitu ia diolah supaya mudah untuk memasaknya dan sesuai dijadikan bekal. Di dalam buku ini anda akan terjumpa dengan resepi-resepi seperti chicken cordon bleu, pot pai ayam, lasagna dan sebagainya yang tampak renyah. Namun begitu resepinya sudah dipermudahkan supaya ibu-ibu dapat menyediakannya dengan cepat. Jangan takut dan jangan risau untuk menyediakan juadah yang nampak agak rumit tetapi boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

Ibu-bapa patut memiliki buku resepi ini kerana ianya sarat dengan pelbagai resepi-resepi yang menarik. Anda tidak perlu membeli nugget, sandwich, burger yang mahal kerana anda boleh membuatnya sendiri di dapur anda. Pastinya lebih murah dan mudah. Dengan harga yang sama dan ilustrasi yang menarik saya pasti ibu-bapa malah anak-anak akan tertarik dan menggemari hasil juadah daripada buku resepi ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Terdapat 44 resepi menarik didalam buku iniyang menampilkan makanan ala gaya barat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam goreng kerepek dimana anda boleh menukarkan jenis kerepek yang anak anda suka untuk resepi ini. Rasanya akan berbeza setiap kali kerepek yang berlainan digunakan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bebola Ayam Epal dengan  Sos Kubis Bunga Berkrim. Anak-anak tak perasan pun kat dalamnya ada epal hijau.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya rekomen anda mencuba resepi ini terutama bagi anak-anak yang tidak suka makan ikan. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya akan sign sendiri buku-buku yang anda beli dari saya…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya akan balut sendiri buku-buku yang anda beli dari saya…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Macamna nak beli?

Satu buku berharga RM15 +RM6 (postage semenanjung) / RM 10 (postage Sabah dan Sarawak)

Dua buah buku berharga RM 30 + RM7 (postage semenanjung) / RM 12 (postage Sabah dan Sarawak)

Jangan lepaskan peluang ini……..

Cara membuat pembayaran:

1. PM nama + alamat melalui facebook/ email – azianhasan69@gmail.com

2. Anda akan diberi number akaun utk pembayaran.

3. Selepas pembayaran, sertakan bukti pembayaran ke facebook atau email.

Jom Berbento!

Aug 20

Mari Berbento

bento1

Ini adalah cover buku masakan saya yang pertama. Sungguh tak sangka akhirnya dapat jugak saya memiliki buku masakan saya sendiri. Bermula dengan angan-angan dan cakap-cakap kosong sahaja antara saya dan suami, akhirnya Alhamduliilah semuanya menjadi kenyataan. Teringat lagi masa tu kami dalam perjalanan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu saya. Suami saya mencadangkan agar saya mengutarakan idea buku masakan yang mengandungi resepi-resepi yang boleh dijadikan bekal. Sungguh saya tertarik dengan idea suami saya, kena pulak saya memang menyediakan bekal untuk anak-anak saya semasa mereka masih bersekolah dahulu.

Saya mengutarakan cadangan dan sinopsis buku saya kepada editor PTS Melenia dan akhirnya penantian saya terjawab dengan persetujuan pihak PTS untuk menerbitkan buku tersebut.

bentoasia2

Pada tarikh 26 Mei yang lepas, pertama kalinya saya memasuki studio untuk shooting buku masakan saya. Rasa sungguh gementar masa tu kerana selama ini saya masak sorang-sorang je kat dapur. Punyalah suspen sampaikan malam tu tak berapa nak tidur saya dibuatnya.

DSC03368

Konsep buku saya ialah mudah, sedap dan penuh dengan idea untuk menghias bento. Jadi saya sediakan halaman yang memaparkan bagaimana untuk membuat sos. Sos ini boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan didalam peti sejuk. Ianya boleh mempercepatkan proses memasak. Tak adalah kelam-kabut pepagi buta kan.

DSC03362

Salah satu resepi didalam buku saya. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, anda boleh membelinya secara online disini ataupun boleh message saya disini dan saya akan poskan untuk anda.

bentoasia1

First time dapat pegang buku sendiri…Terimakasih kepada suami yang terlalu banyak menolong. Kepada tiga orang anak perempuan saya Alia, Asma dan Arissa dan juga kepada krew PTS dan kepada mereka yang mendoakan saya selama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.