free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
May 19

Berniaga Agar-Agar

Pasti anda terkejut dengan tajuk artikel saya kali ini.,berniaga agar-agar. Tapi ianya tidak mustahil,kan?  Bila anda pergi ke pasaraya, cubalah  lihat siapakah yang mempelopori perniagaan agar-agar,..eh..tahukan.  Kalaulah orang bertanya kepada saya..sekarang bisnes apa? dan saya menjawap bisnes agar-agar pasti mereka ketawa berdekeh-dekeh, ha,ha bisnes agar-agar  manalah nak dapat untung,  asyik kira duit syiling ajelah… betul tapi kalau tak ada duit syiling mana nak datangnya duit ringgit. Tapi tak boleh nak letakkan kesalahan kepada pengkritik tersebut jugak sebab kalau jual agar-agar dalam satu lengat sehari berapalah untungnya.

OK , disini saya bukanlah nak menceritakan tentang bagaimana nak berniaga agar-agar cuma saya nak memberi  tamsilan tentang perniagaan dan agar-agar. Pernah tengok agar-agar? Di kampong saya dipanggil lengkong atau kalau glamour sikit dipanggil jelly. Sedapkan kalau dimakan di hari panas tetapi kenalah cukup manis,lembut dan cantiknya. Saya mengaku mampu membuat kek bertingkat-tingkat tetapi tak pandai membuat agar-agar yang cukup manisnya , cukup lembutnya cantik pulak tu sehinggakan bila ia dimasukkan ke dalam mulut ,..melt in the mouth..macam makan aiskrim.

Begitu jugalah dengan perniagaan. Bermula dan berakhir biarlah betul supaya ianya seumpama agar-agar yang manis, lembut dan cantik, tapi bagaimana? Mungkin sesetengah orang boleh bermula dengan betul hanya pada peringkat akhirnya . Ada juga pada peringkat awal ataupun di peringkat pertengahan. Bagi saya yang penting adalah di peringkat akhirnya tetapi alangkah indahnya jika di setiap peringkat itu kita boleh buat dengan betul supaya akhirnya cukup manis, lembut dan cantik pula.

Berfikirlah secara positif . Bila kita memulakan perniagaan, berfikirlah secara positif agar baik dan  untung kesudahannya nanti. Walaupun di peringkat awal agak sukar dan terpaksa menempuhi bermacam halangan tetapi bila kita fikirkan kejayaan kita di peringkat akhir, kita akan rasa gembira walaupun kejayaan belum lagi kita kecapi. Kalau ada kekecewaan sekalipun, tenaga-tenaga positif tersebut akan menarik kita kembali ke garisan supaya kita boleh sampai ke garisan penamat dengan jayanya.  Jujur dengan diri anda!

Carilah seberapa banyak ilmu supaya kita dapat menghadapi  segala masalah dan kerenah perniagaan dengan ilmu yang penuh di dada. Bagi saya menjalankan perniagaan membenarkan saya mempraktikkan apa yang dipelajari kedunia realiti perniagaan. Dan jangan lupa rajin-rajinkan diri untuk membaca apa juga buku, surat khabar dan sebagainya.

Kalau kurang ilmu di dada maka nanti anda akan mudah  rasa kesal,kecewa,malas dan sebagainya. Carilah ilmu dari mana-mana dan sesiapa jua. Jangan salah menilai ilmu anda kadangkala orang Indon dan Bangla lebih banyak ilmu dari pakar keusahawanan yang memberi seminar dengan meletakkan harga berani mati.  Jangan pulak salah sangka..pandai-pandailah timbang yang mana bagus untuk anda.

Pakailah baju kalis peluru. Betul! Bila dah memulakan perniagaan banyak betul dugaannya lebih-lebih lagi orang seperti saya yang berasal dari keluarga yang tidak suka berniaga dan tidak mempunyai latar berniaga langsung-langsung. Bila saya memulakan perniagaan dahulu, pelbagai umpatan dan hinaan serta tak kurang juga kata-kata pelemah jiwa yang terpaksa diterima.  Nasihat saya, lari jauh-jauh dari mereka ini kerana tanpa anda sedari ianya akan menjatuhkan semangat anda apatah lagi yang ayatnya seperti memberi amaran atau sindiran yang tajam. Lagipun banyak benda yang perlu kita tumpukan di dalam hidup ini. Kadang-kadang kalau ikutkan perasaan nak putus sedara atau kawan rasanya.

Berniagalah dari hati. Bunyi macam senang tapi sukar untuk di paparkan. Bila saya bertanya kepada suami saya begaimana untuk menulis artikel perniagaan yang baik, beliau menjawap, tulislah dari hati. Jika berniaga semata-mata untuk membalas dendam, hendak membanggakan diri dan sebagainya, hentikan. Uruskan fikiran tentang persepsi berniaga yang betul, pujuklah hati anda supaya membenarkan hati anda cantik, lembut dan manis seperti agar-agar tadi. Saya pernah membaca tentang  Barbara Miller, pemilik Miller Paper Company  yang memulakan perniagaan  didalam usia 60  tahun. Bagi beliau usia bukan penghalang  baginya beliau berniaga dari hati, itu yang penting.

Berniaga dari hati yang sesedap agar-agar tadi pasti akan diberkati, diredhai, percayalah. Selamat Berniaga!

Feb 18

7 Mitos Tentang Berniaga

1. Saya tidak perlu kerja kuat, boleh goyang kaki.
Hakikat- Anda perlu bekerja lebih kuat, perlu lebih banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk bisnes anda. Namun begitu mungkin anda rasa seronok bekerja walaupun secara ‘overtime kerana potensi untuk anda mendapat lebih keuntungan adalah bergantung atas komitmen dan kerja keras anda.

2. Saya boleh jadi boss.
Hakikat- Benar kerana bisnes anda, andalah boss takkan nak lantik orang lain jadi boss pulak. Namun begitu anda masih perlu berurusan dengan pihak-pihak lain seperti pelanggan dan pembekal. Dalam lain perkataan anda perlu jugak patuh kepada kehendak mereka , dahlah tu kena pulak pandai ambil hati mereka. Hakikatnya merekalah boss dan bukannya anda.

3. Saya boleh letak harga tinggi kerana saya mempunyai kelulusan dan kepakaran yang tinggi.

Hakikat- Anda mempunyai pesaing yang sentiasa mencari peluang untuk menandingi anda. Mereka mungkin menawarkan kualiti dan perkhidmatan yang sama tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Secara logiknya , pelanggan akan memilih mereka daripada anda. Meletakkan harga yang sangat tinggi tidak akan membantu dalam perniagaan kecil-kecilan.

4. Saya tidak perlu berurusan dengan orang yang saya tidak suka

Hakikatnya- Anda mesti berurusan dengan segala macam karenah pelanggan yang seribu kali lebih teruk dari boss anda. Anda terpaksa juga menerima segala kritikan dan umpatan mereka. Jika tidak dilayan nanti tersebarlah pulak segala cerita yang tidak baik tentang bisnes anda. Seperti yang saya katakana tadi, pelanggan anda adalah boss anda dan siapa lagi yang membawa keuntungan kepada perniagaan anda selain dari pelanggan. Jadi bertambahlah lagi pening kepala, bukan.

5. Saya mempunyai masa saya sendiri

Hakikat-Benar anda mempunyai masa anda sendiri dan sukahati andalah untuk pergi kerja pukul berapa atau nak bekerja berapa lama dalam sehari. Namun begitu semakin lama anda didalam perniagaan, anda akan memerlukan lebih banyak masa untuk maintainkan perniagaan. Mungkin anda akan lebih sibuk dari sebelumnya.

6. Saya bebas akhirnya

Hakikat- Bebas dari segi apa dan untuk buat apa? Benar anda bebas untuk buat apa yang anda suka kerana ini adalah bisnes anda tetapi anda perlu mempunyai jadual yang ketat untuk urusan bisnes dan keluarga. Mungkin juga akan menggangu waktu rehat dan waktu yang patut diluangkan bersama kelauarga.

7. Saya bagus dan berkelulusan tinggi, saya pasti berjaya dengan cepatnya.

Hakikat- Kadangkala didalam realiti orang berniaga, kelulusan dan kerja keras tidak memadai. Anda perlukan masa untuk berjaya. Dengan bersabar, peluang untuk anda berjaya akan lebih cerah. Jadi sentiasalah berfikir secara praktikal dan bijak dalam segala usaha untuk mendapat kejayaan.

7 mitos diatas mungkin berbeza bagi sebahagian orang. Iyelah tujuan berniaga setiap orang pun berbeza. Bagi orang yang berniaga dengan tujuan sekadar mengisi masa lapang ataupun sekadar sebagai hobi, mungkin mitos di atas adalah benar. Berlainan pula dengan mereka yang berniaga untuk mendapatkan pendapatan pasif atau untuk mendapatkan duit sampingan. Bukanlah tujuan saya untuk membantutkan niat anda untuk berniaga tetapi jika anda bekerja makan gaji dan berniat untuk berhenti kerja untuk berniaga semata-mata berdasarkan mitos di atas, fikirlah sedalam-dalamnya dahulu.

Pilihan terbaik untuk anda adalah melakukan perniagaan kecil-kecilan dari rumah dahulu. Jika tak berjaya tidak mengapa , pendapatan tetap masih ada dan anda boleh mencuba lagi.

Jangan takut dan jangan lengahkan masa untuk mencuba segala perniagaan dari rumah. Jika anda minat memasak, serlahkan kepakaran anda . Banyak bentuk perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah. Anda boleh membuka kelas memasak, menulis buku resipi, menjual kek dan macam-macam lagi. Sesuaikan bisnes anda dengan keadaan sekarang. Gunakan internet sebagai medan utama untuk mempromosikan bisnes. Banyak idea-idea perniagaan yang boleh diketengahkan ….’think outside the box’!