free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
May 25

Blog Saya – Part 1

Salam Ceria semua,

Minggu lepas saya didatangi oleh seorang sahabat merangkap seorang sifu yang dah lama saya kenal. Kak Joy atau nama sebenarnya Joiriah adalah orang yang tak asing lagi dalam dunia masak-memasak. Saya belajar membuat kek dan biskut dari beliau. Kak Joy memang seorang yang tak lokek dengan ilmu dan suka bersedekah. Happy Go Lucky dan yang pentingnya dia memang cun la dengan saya.

Kali ni Kak Joy datang bukannya nak mengajar saya memasak atau membuat kek tetapi nak belajar berblogging dengan saya. Wah! Besar betul expectation Kak Joy tentang pengalaman saya dalam berblog sedangkan saya pun masih terkedek-kedek dalam dunia berblog ini. Namun untuk tidak menghampakan harapan beliau saya pun bersetuju walaupun dalam hati rasa sangsi dengan kemampuan sendiri.

Dipendekkan cerita , Kak Joy sudahpun mempunyai blog, dah ada domain name sendiri lagi yang guna WordPress platform. Malangnya beliau tak tahu bagaimana untuk menggunakannya khususnya dalam bab teknikal. Sesuatu yang menyedihkan saya adalah bila beliau memberitahu yang beliau sudahpun menghadiri kelas yang tak kurang mahal jugaklah harganya.

Saya dulu-dulu pun buat blog sebab dipaksa oleh suami saya. Waktu tu saya pakai blogspot ajer. Punyalah kelakar sebab waktu mula-mula nak set-up blog saya asyik terlupakan username dan password.Memang lupa tahap gaban betul sampaikan kalau tak silap 3 blogspot yang saya buat. Rimas jugak pada mulanya sebab rasa macam beban sebab nak fikir nak tulis apa, pastu kena letak gambar le pulak. Hei, tak berkenan la saya, lagipun apela faedahnya kan?

Kalau tulis blog nanti boleh dapat ramai kawan, boleh share resipi dengan orang, kata suami saya. Apa kaedahnya nak share resipi dengan ramai orang sedangkan buku resipi saya yang dah rupa belacan tu saya sorok bila ada ramai orang datang rumah. (ini akibat penyakit kedekut ilmu).

Pada mulanya memang rasa kekok tetapi..tetapi..i tell u,  bila ada orang comment kat blog, aduh! seronoknya, kena pulak comment yang ala puji-pujian. Hmm, itulah pengalaman saya berblog ¾ tahun yang lepas dan blog saya memang tak boleh lari dari hal-hal mengenai makanan dan dekorasi. Klik disini untuk lihat blog rumah tinggal saya.

Sekarang blog saya guna hosting dah maju ke hadapan dah….azianhasan.com. Memang impian saya nak menghasilkan blog yang ala-ala Donna Hay dan Martha Stewart. Manalah tahu ia akan menjadi kenyataan. Bila saya mula-mula berblog dulu, saya hanya suka-suka sahaja. Masa tu saya tak ada lagi Facebook dan Twitter. Jadi blog digunakan untuk up-date kisah hidup seharian.

Lama-kelamaan saya sedar bahawa blog memang mampu menjadi satu alat untuk menjana duit secara online. Maka saya pun mencarilah apa sahaja peluang untuk saya pelajari bagaimana saya boleh buat duit dengan berblog ni. Dari satu seminar ke satu seminar saya pergi. Beli segala buku dan e-book. Saya cuba itu dan ini. Duduk menghadap laptop seperti lagak orang yang dah berjaya tetapi saya rasa hampa. Rupa-rupanya bukanlah semudah yang disangka. Mendapat duit dari blog perlukan satu panduan dan teknik yang dapat membantu kita untuk buat duit online.

Jika anda seorang blogger. Samada yang baru ataupun yang dah lama dan anda ingin menghasilkan pendapatan dengan blog anda tetapi masih tidak tahu cara yang sebenarnya untuk berbuat demikian, anda tak perlu buang masa lagi…saya betul-betul cadangkan anda  memilik panduan saya cadangkan ini

Sekarang anda dah pun berada di waktu yang betul, tempat yang tepat untuk mula mengetahui rahsia menjana wang online dari blog anda melalui BLOG. Ebook ini adalah satu himpunan padat dengan teknik-teknik dan rahsia untuk menjana duit dari BLOG.

Insya-Allah,nanti kita akan berkongsi perkara-perkara yang lain pula dalam perjalanan kita meneroka dunia blogging ini.Teruskan bersama dan menyokong blog saya.

Apr 07

Berhenti Kerja dan Berniaga?

Berhenti kerja dan berniaga? Saya sering mendengar rungutan dari kaum ibu yang berkarier tentang betapa penat dan bosannya mereka bekerja. Mengharungi hidup seharian disamping menjadi seorang pekerja dan seorang isteri serta ibu amat membebankan. Tambahan lagi tuntutan kerja yang tinggi serta masa yang begitu pendek untuk bersama keluarga menjadikan ibu-ibu yang bekerja ingin menukar cara hidup dan menceburi bidang perniagaan.

Bila saya  ditanya…. o.k tak kalau berhenti kerja dan berniaga? Rasanya teramat sukar untuk saya menjawabnya  kerana jawapannya terlalu subjektif.  Perlu diingatkan berniaga bukan jalan penyelesaian sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu  masalah. Takut nanti ianya akan menambahkan masalah pula.

Pandangan peribadi saya ialah memulakan perniagaan untuk lari dari masalah berkaitan bekerja makan gaji adalah salah satu cara permulaan yang salah.

Perlu diingat bahawa di dalam kita berniaga, duit yang didapati dari keuntungan perlu dipusing semula untuk memajukan perniagaan. Itu kalau ada untung, kalau tidak macamana pulak kisahnya! Ini bermakana hasil yang masuk tidak menentu, tidak seperti semasa kita makan gaji, – amaunnya tetap walau kita sering mengeluh tidak cukup!!! Kita kena ingat kita memerlukan wang setiap bulan untuk membayar ansuran rumah, kereta dan perbelanjaan lain. Perniagaan tidak mejamin semua ini.

Namun jika anda mempunyai modal yang besar dan mampu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kos perniagaan dan sara hidup untuk  sekurang-kurangnya 8 bulan pertama, tidak mengapalah,itu dikecualikan.

Bagi saya sebaik-baik jalan penyelesaiannya adalah dengan memulakan perniagaan secara sampingan /part-time dulu. Jangan berhenti kerja selagi perniagaan anda tidak mampu menghasilkan pendapatan tetap.  Bina perniagaan secara ‘part-time’ di samping anda bekerja secara ‘full time’ sehinggalah perniagaan anda maju dan boleh menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Selepas itu barulah anda boleh berhenti kerja dengan orang lain. Biarlah perniagaan tersebut kecil, namun risiko untuk anda rugi adalah kurang. Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep “multiple streams of income” atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan.

Namun begitu sebelum anda memulakan langkah untuk berniaga walaupun secara part- time, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti:

  • Anda perlu memberi penjelasan kepada keluarga tentang niat anda. Perubahan tentang cara hidup perlu dibincangkan bersama.  Mintalah sokongan dan bantuan dari mereka. Ini akan lebih memudahkan perjalanan bisnes anda nanti.
  • Perlu diingatkan berniaga itu susah sebenarnya walaupun sekecil mana pun ia. Kena pulak anda tidak punya sebarang pengalaman. Anda perlu bersedia untuk melalui dugaan dan cabaran yang bukan sedikit. Semuanya anda kena tanggung sendirian tidak seperti di pejabat tempat anda bekerja di mana tanggungjawab terhad kepada skop jawatan anda.
  • Jika anda merasakan perniagaan ‘part time’ yang anda lakukan berjalan dengan perlahan, itu tidak mengapa.  Anda tidak boleh membandingkan perniagaan anda setaraf dengan perniagaan yang dijalankan 24 jam. Namun, itu tidak bermakna yang anda tidak boleh mencapai sasaran seperti perniagaan yang lain. Cuma perlu mempunyai strategi yang lebih bijak dan efektif.
  • Walaupun anda berniaga ‘part time’ tetapi anda mesti ingat yang anda masih bekerja dengan orang lain. Jangan campurkan urusan bisnes dengan urusan kerja dan jangan jadikan pembabitan anda ke dalam dunia perniagaan  menjatuhkan kualiti dan komitmen anda di tempat kerja. Elak menggunakan masa dan peralatan pejabat untuk urusan bisnes. Kewajipan anda terhadapa tugasan  dan tanggungjawab di pejabat harus dilaksanakan sebaik mungkin.

Tahukah anda di zaman yang serba canggih ini, anda boleh menjalankan bisnes part-time tanpa mempunyai produk sendiri? Menarik bukan. Jika dulu kita perlu ke-hulu ke-hilir untuk membeli produk dan menjual semula kepada orang lain ataupun terpaksa membuat kuih dan sebagainya untuk mendapatkan duit sampingan, kini kita boleh mendapat duit dengan menerima komisen dari syarikat yang mengeluarkan produk (merchant) hanya dengan menjual barangan mereka.

Bisnes ini boleh dimulakan pada bila-bila masa tanpa memerlukan modal yang besar. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan pautan (link) affiliate yang diberikan oleh ‘merchant” untuk menghasilkan jualan ataupun klik ke laman web yang diberikan. Sekiranya anda menghasilkan jualan melalui laman web yang anda promosikan tersebut, anda akan mendapat komisyen bagi setiap jualan tersebut. Ini adalah salah satu cara bagaimana seorang affiliate boleh buat duit online.

Bagi wanita ini bukanlah satu pekerjaan yang sukar kerana kita boleh memilih produk apa yang hendak kita pasarkan. Sebenarnya banyak produk yang memang sesuai dengan wanita untuk memasarkannya seperti produk perkahwinan, produk untuk bayi, produk bersalin, kecantikan dan sebagainya. Sesuai pula dengan sentuhan dan pengalaman kita sebagai wanita, pasti bisnes boleh maju dalam masa yang singkat.

Biasanya komisen yang diberi adalah tinggi iaitu di sekitar 40%-75%. Itulah yang menjadikan ramai wanita bekerjaya malahan surirumah sendiri  memilih bisnes ini sebagai langkah permulaan di dalam bisnes Internet.

Bagi anda yang berminat dan ingin keterangan lanjut sila klik disini dan dapatkan laporan percuma dari saya. Anda juga boleh  ‘like’ page ini supaya kita boleh bersama-sama membangunkan bisnes online kita.