free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 28

Favourite Colour

Suatu petang tatkala saya hendak melelapkan mata kerana terlalu mengantok, tiba-tiba anak sulong saya Alia datang dan bertanya, “Mak, what is my favourite colour?.”

Eh, dia punya favourite, tanya kita pulak, getus hati saya. Namun kerana saya sedar sejak dari kecil dia memang gilakan warna ini, saya dengan begitu yakin menjawab -pink.

‘Not any more, la Mak,” kata Alia.

“Eh, bukan favourite colour Alia selama ini pink ke?. Bukan ke Alia beli semua barang warna pink. Habis tu apa your favourite colour?” tanya saya kembali kehairanan.

Hitam,” jawabnya ringkas.

“Ish,hitam is not a colour la Alia,” saya tak mau mengalah.

“Ala …mak ni, Alia kan ker dah tukar favourite colour, mak tak perasan ker?” dia menjelaskan.

“Eh, favourite colour mana boleh tukar-tukar,” jawab saya yang memang dan tak akan mengalah.

“Ha,ha..mak ni favourite colour anak sendiri pun dah tak tau,” sampuk anak kedua Asma , pula. Si adik ni sememangnya sehati sejiwa dengan Alia.

Kami bertiga terus ketawa sambil diperhatikan oleh anak bongsu Arissa yang semenjak dari awal tak boleh pick-up lagi perbualan kami.

Termenung jugak saya. Salah ke saya tak tau favourite colour anak-anak?  Saya rasa sepatutnya  saya perlu lebih peka dan tahu tentang perubahan citarasa mereka sepadan dengan masa yang berlalu. Tentunya, bila anak-anak saya sudah meningkat remaja, mereka bukan sahaja mengalami perubahan fizikal malah dari segi pemikiran dan kehendak juga.

Tersenyum pulak saya bila mengingatkan betapa leka nya saya sampaikan tak perasan yang pink adalah lebih merupakan favourite colour kanak-kanak sekolah rendah. Bila dah remaja dan personaliti semakin terbentuk pilihan warna pun pasti berubah.

Apapun proses pembesaran anak-anak saya dari sekolah rendah ke sekolah menengah berlalu terlalu pantas. Saya percaya, ibu-bapa lain juga berasa seperti saya, kan?

Dengan masa berlalu pantas seperti sekarang ini, tidak lama lagi semua anak-anak saya akan ke kolej pula. Insya Allah tahun depan Alia dah nak pergi kolej.

Tentunya, saya dan suami berasa sedikit gusar memikirkan cukupkah ilmu dan kasih sayang yang kami berikan selama ini untuk dijadikan bekalan dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Solehahkah mereka nanti? Ingatkah mereka kepada kami nanti bila usia kami sudah tua?

Teringat saya ceramah seorang Ustaz di dalam program pagi’Tanyalah Ustaz’ di TV9. Beliau berkata, berilah kasih sayang kepada anak-anak dengan kemesraan.

“Kalau kita beri kasih, dapatlah sayangnya. Kita mesti tunjukkan kepada mereka yang kita sayangkan mereka. Bergurau, bermesra dengan anak-anak bukankah amalan Nabi?” ujar beliau.

Betul sesangat tu Ustaz jawab saya dalam hati. Kalau kita nak tunjuk macho sangat dengan anak-anak, sampaikan tanya satu, jawab satu dan lebih teruk lagi tanya satu, langsung tak berjawab, jangan hairanlah kalau anak-anak akan fed-up dan mulalah segala andaian berlaku di dalam diri mereka…bosan,bosan.

Berbalik kepad cerita Alia, dua hari yang lepas saya bertanya, “Nanti lepas SPM, Alia nak belajar bawak kereta tak?”

“Mestilah nak,” jawabnya.

“Ha,ha…Alia ingat mak akan bagi Alia bawak kereta ker?” saya mengusik.

“ Apasal pulak tak boleh?”  tanya Alia.

“No Way, bahaya!” jawab saya sengaja menyakat (walaupun sebenarnya saya menunggu masa sahaja mereka dapat lesen kereta, boleh jadi supir peribadi saya… J).