free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 23

French la Pulak…

Huh! Tergamam juga bila suami dengan sesuka hatinya mencadangkan supaya saya masak masakan ala Perancis untuk juadah sempena menyambut harijadi anak saya. Bukannya majlis besar-besaran pun, hanya sekadar makan-makan bersama di rumah yang sudah menjadi tradisi keluarga kami.

Dia kata “kita dah biasa makan makanan Itali (Pasta bagai) dan juga American food (McDonald dan yang sewaktu dengannya), jadi apa kata untuk makan-makan hari jadi kali ini, kita beralih ke menu Peanchis pula.”

Ini mesti kes teruja lepas menonton Julie/Julia lakonan Meryll Streep tempoh hari. Memang saya bercadang nak buat makan-makan keluarga untuk dua orang anak perempuan saya menyambut harijadi mereka.  Kebetulan tarikh harijadi mereka jatuh dalam bulan Ramadhan. Jadi saya becadang nak buat sebelum puasalah. Ingatkan nak masak simple-simple aje, ala-ala nasi ayam ker.

Apapun, mesti ramai yang kata, ala dah besar-besar ni apalah yang nak buat sambutan harijadi sangat , kan. Macam mengada-ngada pulak. Selalu ajer macam terngiang-ngiang suara tak puas hati di telinga saya ni.

Sebenarnya bukan majlis harijadi tu yang  penting, ingatan dan luahan kasih-sayang adalah yang utama. Buatlah sekadar yang termampu, anak-anak akan faham kalau kita mendidik mereka supaya menghargai setiap usaha yang kita lakukan.

Eh lari tajuk la pulak…

Okay berbalik kepada majlis hari jadi tempoh hari (walaupun anak perempuan saya hanya menjemput bff mereka sahaja…boleh dikatakan majlis juga), Rupa-rupanya suami saya beria-ia nak saya masak masakan France.  Dah siap print resipi dengan bantuan pak cik google. Jadi apa nak kata, masak ajerla.

Selain itu, saya dan suami bukan sahaja memasak makanan Perancis tetapi juga mencipta suasana dekorasi sesuai dengan tema. Memang suka kecoh tak tentu pasal…. Tapi yang penting, at the end of it all, we all had fun and kenyang!

Inilah hasilnya….

Baked Chicken Cordon Bleu


Bahan-bahannya:

Dada ayam yang telah dibuang tulang dan diketuk sehingga nipis

Chicken slice

Keju Mozarella tapi kalau nak guna yang slice pun boleh

1 biji telur

Bread Crumbs

Butter

Garam dan lada sulah

Cara membuatnya:

Tabur garam dan lada sulah ke atas ayam

Letakkan  chicken slice dan keju diatas dada ayam dan gulung kemas-kemas

Sematkan lidi ditepinya

celupkan setiap satu dengan telur dan gaulkan dengan bread crumb

Sapukan butter dan bakar pada suhu 350 darjah selama 30-35 minit

Hiriskan  ayam dan makan semasa masih panas

Feb 22

Cetusan Dekorasi Majlis Harijadi

Birthdays are big in our house. Entah mengapa saban tahun hari jadi merupakan antara tarikh-tarikh yang dinanti-nanti kami seisi keluarga. Ini bukanlah pula bermakna setiap kali kami menganjurkan majlis hari jadi secara besar-besaran. Seringnya apa yang kami lakukan ialah meraikan hari jadi setiap ahli keluarga sesama sendiri sahaja.

Paling tidak pun kami berlima akan keluar makan meraikan hari jadi masing-masing dan kalau ada budget lebih kami bertukar-tukar hadiah. Apa yang penting ialah meraikan detik meningkatnya usia bersama-sama. Tetapi kalau ada budget lebih serta masa kelapangan – kami akan “organise a small gathering to celebrate birthday” anak-anak gadis kami yang menginjak usia remaja. Sementelahan pula saya dan suami memang suka merai tetamu ke rumah.

Teringat juga tatkala anak-anak masih kecil, ada juga beberapa kali kami mengadakan majlis hari jadi anak-anak dengan menjemput kawan-kawan mereka serta kaum keluarga terdekat. Yang paling saya ingat ialah sewaktu saya mengadakan joint-birthday party untuk dua orang anak saya yang lahir sama bulan iaitu Ogos dan kami jemput rakan-rakan sekolah mereka. Masa itu kalau tak silap saya yang sulung baru Darjah Tiga manakala si adik pula pada Darjah Dua. Mungkin itulah majlis hari jadi paling grand yang pernah kami lakukan sehingga kini – siap khemah dan kami anjurkan juga pelbagai games untuk anak-anak yang hadir pada hari itu. Suami saya pula siap menganjurkan games ala-ala Amazing Race lagi di mana anak-anak yang hadir dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi sampul surat berisi tugasan-tugasan yang mesti diselesaikan di sekeliling dan serata rumah. Sudahnya habis tunggang langgang rumah apabila yang hadir berkejaran ke sana ke mari mencari dan menyelesaikan clue!!!

Kini anak-anak saya sudah meningkat remaja dan mereka pun sudah tidak berminat untuk menganjurkan birthday parties dengan tetamu yang ramai. Tapi, ya lah, kadang-kadang mak bapak mereka pulak yang terlebih excited untuk menganjurkan majlis harijadi.

Namun mutakhir ini, kalau tak kami meraikan sesama kami sahaja, saya suka cadangkan mereka untuk menjemput kawan-kawan rapat sahaja untuk makan-makan ke rumah.  Kadang-kadang tu saya dan bapak mereka pulak yang lebih-lebih. Nak buat macam mana kan,  sebab selain memasak saya juga suka sekali kalau ada tetamu datang berkunjung menikmati hidangan di rumah. Pada hari-hari beginilah saya konon-konon nak tunjuk skill.

Saya sukakan kelainan setiap kali saya menyambut harijadi anak-anak saya. Pada saya, menghias meja makan dan memasak makanan yang sesuai sama pentingnya. Kalau dulu sewaktu anak-anak masih kecil, mmbuat dekorasi untuk majlis harijadi tidaklah sesusah mana. Banyak alatan deko yang dijual bersesuaian dengan  citarasa mereka. Tetapi bila anak sudah meningkat remaja. Menyediakan dekorasi untuk meja makan utama serta party favour untuk kawan-kawan sudah agak sukar.

Paling mudah kalau menjamu pada majlis hari jadi ialah dengan buffet. Di sini saya letakkan semua kek dan makanan di satu meja. Bagi membuatkan ia lebih menarik, saya tandakan setiap paper cup dengan nama setiap tetamu.  Saya sediakan makanan yang diminati anak-anak remaja seperti ayam goreng, pie dan juga karipap. Mudah disediakan. Bagi hiasan meja, saya cuma beli kertas hadiah yang agak funky dan ceria bagi membangkit suasana. Saya juga taburkan kuntuman bunga di atas meja sesuai untuk majlis anak perempuan.

Yang ini pula majlis hari jadi anak sulung saya tahun lepas sewaktu menyambut hari lahir ke16 nya. Oleh kerana dia hanya mahu menjemput kawan-kawan rapat sahaja, saya cadangkan a sit-down meal ala-barat. Dan saya pun menghiaskan meja agar tampak menarik. In fact, colourful hair ribbons (yang dijadikan cenderahati untuk tetamu) digunakan untuk mengikat napkins.

Yang ini pula satu lagi majlis hari jadi seakan serupa untuk anak kedua. Tapi untuk majlis kali ini kami meraikan sesama kami sahaja. Tak semestinya kita berdekorasi bila meraikan tetamu sahaja, tak begitu?