free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Oct 06

Agar-agar Merah

lengkongmerah1

Kalau anda lihat agar-agar merah menyala macam ni, apa yang ada dalam pemikiran anda?

Bagi saya selain dari rasanya yang sedap dan  boleh menghilangkan haus ianya membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak saya. Zaman dimana saya selalu kena heret pergi apa sahaja kenduri di kampung. Selalu aje terselit kat celah mak dengan muka masam mencuka mencuba untuk memprotes la kaedahnya.  Selalunya agar-agar akan dipotong dengan pisau yang berlekuk-lekuk tu dan diletakkan sekali di dalam dulang lauk pauk. Mak akan ambik sikit dulu untuk saya untuk dijadikan ubat penyejuk hati.

Macam tu lah saya. Semenjak dari dulu lagi tak suka namgis-nangis kalau kehendak tak ditunaikan. Semuanya boleh nampak kat muka. Maklah orang yang paling pandai baca raut wajah saya. Professioanl sungguh.

lengkong2

Jom kita makan kat kedai mamak” Bapak ajak kami sekeluarga makan kat kedai.

Jom…yeaaa, nanti dapatla makan lengkong merah kat dalam gelas,” kami menyahut.

Orang Perak panggil agar-agar tu lengkong. Yang cincau tu pun kami panggil lengkong jugak. Kalau masa dulu dapat makan kat kedai mamak tu ibarat  sama dengan  dapat makan dekat hotel lima bintang sekarang .

Kalau dulu kedai mamak pakai meja mar-mar macam kopitiam sekarang. Tiap-tiap meja akan diletakkan pisang emas sesikat dan agar-agar merah yang dibubuh didalam gelas macam kat bawah ni.

lengkongmerah3

Cepat benar masa berlalu. Bila baru ini saya kembali ke kedai mamak yang dulu  ada letak agar-agar merah sebegini kat atas meja, semuanya dah tak ada. Semua kedai mamak dah seakan sama. Dah tak ada keunikan.Semuanya kena ikut peredaran zaman.

Agar-agar Merah

Bahan-bahannya:

4 g agar-agar bertali (1 bungkus)

2 liter air

2 cawan gula

2 helai daun pandan(Didimpul)

Sedikit pewarna merah

Cara membuatnya:

Masak agar agar dengan air seketika.

Kemudian masukkan gula dan kacau hingga gula larut.

Masukkan daun pandan dan pewarna merah. Biarkan hingga mendidih.

Tapis dan tuang ke dalam bekas.

Sejukkan seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.