free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 14

Halal K-Food Fair 2015

20150814_105349

Something exciting happened to me this morning. I attended a Korean Food Fair 2015 at Mid-Valley Shopping Mall. And if you know me and my family, anything that has to do with Korea will automatically trigger our interest.
Yes, we are so into K-drama (the good ones, of course) and to a certain extent K-pop too. And over the years we (thanks to my daughters especially Alia and Asma), we have acquired quite a liking towards Korean food.
So it was my pleasure indeed to be invited to this event. Oh by the way, K-FOOD FAIR is a new concept of integrated fair, in which the South Korean Ministry of Agriculture, Food and Rural Affair supervise the fair in conjunction with Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp.

And oh, I also met a Korean media at the fair this morning where they interviewed me on what do I think of Korean food and all etc.

20150814_112614

Bersama Min Kim, wartawan dari Dong-A Ilbo (yang dikatakan akhbar kedua terbesar di Korea) and Kathy Wonjung Han (kanan) yang merupakan PR yang sangat-sangat peramah. I am truly honoured to be interviewed… hope what I said made sense  :lol:

kfood1

With Min Kim after the interview.

20150814_105143

Jom pergi ke K-Food Fair 2015 hujung minggu ni…

Bermula dari tarikh 14 hingga 16 Ogos 2015, K-Food Fair menandakan kemunculan sulong kepada pengguna di Pusat Pameran Midvalley (MVEC) . Pameran yang bertemakan “Touch Food, Sweeten Your Life”   ini pastinya dapat menarik perhatian para pengunjung kerana terdapat pelbagai produk korea segar dan penghasilan dari organik untuk kesihatan untuk kesihatan. Yang pentingnya semuanya halal. 

Pameran ini menampilkan penyertaan dari lebih sepuluh syarikat makanan Korea seperti CJ CheilJedang, Daewon Co, Jinju Horticultural Export Agricultural Complex, Punggi Premium Goods Agricultural Cooperative, Mommake dan banyak lagi. 

20150814_105059

Meriahnya pameran ni bermula dekat pintu masuknya lagi. Ada bermacam-macam pertunjukan dan pelbagai maskot Korea. Boleh tangkap gambar dan cakap hi kat mereka-mereka itu. Katanya ada jugak persembahan oleh tetamu korea dari kumpulan K-Pop. Iyelah tak sahlah Korea tanpa K-Popnya.

20150814_104552

Cool…

20150814_111620

Nak jumpa dengan Haha dan Kwangsoo pun boleh.

Rupanya mengikut tradisi Korea lama, makanan secara keseluruhannya disusun mengikut empat musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Setiap gerai dihias mengikut tema bermusim. Aktivitinya pun ikut musim jugaklah kaedahnya. Ada lotus tanglun, permainan Korea ‘Kajang’ dan sebagainya.

20150814_105452

Sekarang masanya untuk merasa makanan-makanan yang dipamerkan…jom!

20150814_111458

Try the cheese Toppoki. To die for!

20150814_110909

Tak pernah rasa buah pear yang semanis dan se juicy macam ni.Patutlah ianya digunakan untuk memasak bulgogi.

20150814_110906

Yang ni buah pear yang dikering. Masih lagi rasa manisnya.

20150814_110254

Minuman kegemaran anak-anak saya

20150814_110149

Minuman untuk kesihatan katanya. Masam-masam dan ada rasa buahnya.

20150814_110053

Ini pun untuk kesihatan jugak. Patutla kulit orang Korea flawless..

20150814_110158

Kimchi

20150814_110205

Sebelum ni ada was-was kan nak makan benda ni. Nah..yang ni halal

20150814_110330

Rangup

20150814_110421

Udon pun ada kat sini

Mungkin sebahagian dari makanan-makanan disini boleh didapati ditempat lain tetapi yang membezakan disini ialah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Korea Muslim Federation (KMF) dan Jakim untuk pensijilan halal. Jadi boleh beli bahan-bahan yang siap dimasak ataupun bahan-bahan mentah disini tanpa was-was.

20150814_110406 20150814_110416

Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan pameran K_Food 2015 tetapi yang lebih menariknya lagi ialah dengan kehadiran para penganjur dari Korea yang begitu peramah dan berbudi bahasa. Mereka begitu berusaha bersungguh-sungguh hendak menerangkan tentang produk mereka. Mereka jugalah daya penarik pameran ni….. malah ada seorang yang boleh juga berbahasa Melayu sedikit-sedikit.

Jan 15

Kimchi

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kali pertama membuat kimchi terasa begitu teruja dan seram. Perasaan ingin tahu bagaimana rasa kimchi yang dibuat sendiri membuak-buak. Tiap-tiap hari bukak freezer dan tengok kimchi sambil bertanya didalam hati. Jadi ke kimchi ni ? Bayangkan 7 hari menunggu dan menunggu …dan akhirnya, inilah hasilnya. Tentulah percubaan pertama tak  sehebat mana. Bahan-bahan yang saya gunakan tidak dipotong dengan halus tetapi  rasanya tetap ada malahan anak-anak kata lebih sedap dari rasa kimchi yang dibeli.

Anak-anak memang sangat sukakan kimchi terutama anak sulong saya. Makan dengan nasi kosong dan goreng telur mata kerbau. Itulah yang dimakannya hari-hari. Entah kenapa anak-anak saya suka sangat dengan masakan Korea. Mungkin banyak sangat tengok filem Korea, K-pop atau pun suka sangat dengan ‘running man’ kot.

Kimchi ataupun boleh dipanggil kimchee ataupun gimchi adalah sejenis makanan tradisional Korea yang boleh dikategorikan sebagai makanan sampingan (side dish). Diperbuat dari sayur-sayuran yang ditapai dan diperam dan mempunyai pelbagai perasa. 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya memilih  sayur kobis panjang untuk dijadikan kimchi. Ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dan di toskan. Kemudian masukkan kobis panjang ke dalam bekas yang besar, gaulkan dengan garam dan biarkan selama 8 ke 9 jam.  Pastikan garam digaul sama rata.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kemudian perah sayur sehingga kesemua air yang terkumpul kering. Pada waktu ini saya dah rasa macam seronok sangat sebab apabila sayur itu dah layu, rupa kimchi tu seperti dah menjelma sikit-sikit.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini adalah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kimchi. Semuanya perlu dipotonghalus supaya ianya nampak cantik. Bahan-bahan yang digunakan agak mudah dan senang didapati. Jadi sementara itu mari kita buat sos kimchi yang pedas tu.

 

Kimchi

 

Bahan-bahannya:

700 gram- 1 kilogram sayur kobis panjang

Sedikit garam

150 gram serbuk cili

Segengam daun kucai

2 biji buah epal merah

3 biji buah lai

50 ml sos ikan

6 ulas bawang putih

2 inci halia

1 sudu besar udang geragau

1 sudu besar gula

10 sudu besar air

1 sudu besar tepung beras

 

Cara membuatnya:

Basuh sayur dan toskan

Cerai-ceraikan dan gaulkan dengan sedikit garam

Biarkan selama 8-9 jam dan toskan airnya 

Potong buah epal merah, buah lai,daun kucai, bawang putih dan halia halus-halus

Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas yang besar dan campurkan dengan sos ikan,serbuk cili dan udang geragau . Gaul rata

Sementara itu panaskan air dan satukan dengan tepung beras

Kacau rata dan apabila ianya sudah sejuk/ suam tuangkan ke dalam bekas besar tadi

Masukkan garam dan gula dan akhir sekali masukkan kobis panjang

Gaul kesemua sos pada keseluruhan sayur dan seeloknya gunalah sarung tangan plastik

Masukkan kesemua bahan kedalam bekas dan tutup dengan palstic wrap

Biarkan ianya selama 20jam sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selepas proses penapaian berlaku selama 20 jam, bolehlah dipindahkan ke dalam bekas dan disimpan pula kedalam peti sejuk dibahagian ‘freezer selama 7 hari.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Maka terjadilah kimchi yang cun-melecun ini. Belum sampai 3 hari siapnya dah tinggal beberapa helai aje kimchinya didalam peti sejuk saya. Sedap sangatlah tu. Terima Kasih kepada  blogger ini yang sudi bagi saya share resepinya walaupun saya dah tukar sini sana. Selain dapat diolahkan menjadi pelbagai hidangan lain seperti sup kimchi , nasi goreng kimchi dan lain-lain, ianya juga sesuai dijadikan buah tangan kan….