free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 21

Remaja Berkomunikasi- Dulu dan Sekarang

Tak kiralah samada menghantar pesanan (text) ringkas, skyping, facebook, twitter, tumbler atau lain-lain sosial media..anak-anak saya memang ‘crazy’ dengan berbual(chatting). Samada suka atau tidak kesemua cara komunikasi dengan menggunakan sosial media adalah amat berbeza dengan zaman saya muda remaja dulu. Kalau dulu bergayut dengan kawan menggunakan telefon rumah dah kira alat yang amat ‘advance’ untuk saya bergossip tentang kawan-kawan lain.

Iyelah, dunia semakin maju, cara dan alat berkomunikasi pun sudah tentunya berbeza. Setiap satu ada risikonya dan berubah dari satu generasi ke satu generasi. Semakin anak kita meningkat dewasa, mereka memerlukan privasi dan kita sebagai ibubapa perlu menghormati kehendak mereka.

Tetapi sejauh manakah kita boleh melepaskan mereka dengan privasi mereka dan seketat manakah disiplin yang perlu kita letakkan dalam hal-hal sebegini. Teknologi berkomunikasi yang semakin berubah tentu ada risikonya tetapi kita sebagai ibubapa tidak perlu cepat melatah keran apa yang penting adalah komunikasi antara ibubapa dan anak-anak adalah kuat dan terkawal.

Menghantar Pesanan Ringkas (Texting)

Bagi kanak-kanak yang membesar didalam alam ‘wireless’, menghantar pesanan ringkas adalah kaedah bagaimana mereka berhubung dengan kawan-kawan mereka. Mereka boleh menghantar pesanan ringkas walaupun mereka berada didalam satu bangunan dengan kawan-kawan mereka ataupun berada didalam kereta yang sama.

Jadi tak hairanlah jika ada seorang remaja bernama Nielson menerima dan menghantar pesanan ringkas sebanyak 3,705 pesanan sebulan.

Dengan menghantar text, anak remaja dapat berbual dengan kawan-kawan mereka dan dalam ertikata lain, menghantar text adalah seperti bersembang-sembang. Sudah tidak ada kaedah menghantar surat atau kad dan menulis..’boleh saya berkenalan?’

Anak-anak saya ketawa bila saya bercerita yang saya dahulu menulis berkajang-kajang surat kepada kawan-kawan untuk bertanya khabar. Dah lah sebelum tu kena praktis menulis di kertas lain dan menyalin semula ke kertas yang lebih cantik dan kalau untuk boyfriend kenalah gunakan kertas yang berbau wangi, barulah romantik, kan.

Sekarang semuanya dah tak ada. Semuanya hanya menggunakan hujung jari. Kena-kena lagi kalau anak remaja yang ibubapa mereka mampu membelikan anak mereka blackberry. Lagilah hebat dan jauh perginya..ibarat dunia ini ana yang punya.

Kalau bab menghantar text melalui handphone ni, saya memang cepat naik hangin terutama sekali semasa saya bercakap dengan mereka dan tangan mereka sibuk mengtexting. Kadang-kadang bukannya penting sangat apayang nak disampaikan, sekadar nak tanya..awak wat per? Ish….ini satu lagi hal. Bila dah nak cepat sangat menekan-nekan huruf di handphone , maka terjadilah perkataan-perkataan yang terlalu ringkas dan berbunyi seperti bunyi angsa.

Kadang-kadang saya terfikir, apa akan jadi kepada generasi yang akan datang jika perbualan mereka hanya berdasarkan apa yang ditulis dan dibaca di skrin handphone. Akan kurangkah sopan dan budibahasa anak-anak kita nanti? Bagaimana mereka hendak menegur orang lain tanpa menggunakan text. Adakah nanti perbualan seperti..apa khabar, boleh saya bantu, wujud lagi?..

Lebih teruk lagi kalau nanti mereka akan berasa canggung untuk berbual dengan orang yang lebih tua dari mereka…pernah anda fikirkan?

Apa yang patut saya lakukan?

Emmm…kalau saya tak nak anak saya asyik menekan-nekan dan menghantar text, tak payahlah belikan mereka handphone kan. Habis cerita..selesai masalah tetapi kalau tak ada handphone susah pulak saya nak tahu dia kat mana. Kalau pergi tuisyen atau aktiviti sekolah, nanti risaulah pulak saya.

Apa yang saya lakukan, kadang-kadang bila anak saya sedang memegang handphone mereka saya ambil dan saya check message atau saja-saja nak tengok apa yang ada kat handphone dihadapan mereka. Kalau dia marah dan rampas kembali handphone tu, maknanya adalah sesuatu yang dirahsiakan. Kalau ada gambar dalam handphone saya akan bertanya siapakah mereka.

Lagi satu semasa mereka bercakap di telefon, lihatlah gerak-geri bahasa badan. Jika ia mencurigakan, cepat-cepatlah menyiasat dan janganlah pulak cepat-cepat menuduh.

Kawal jumlah prepaid yang diberikan kepada mereka setiap bulan . Jangan sekali gunakan cara pembayaran bil untuk handphone mereka, takut nanti bila hujung bulan ibubapa pula yang gigit jari.

Jika masalah anak anda dan handphone sudah menjadi masalah kepada anda sebagai ibubapa, anda perlu tegas dan menggariskan undang-undang tentang penggunaan handphone. Kalau ianya semakin teruk, rampas sahaja handphone. Give them a lesson..kan

Facebook

Saya sendiripun tak lepas dari ketagih dengan facebook. Lebih-lebih lagi saya banyak berurusan dengan internet.

Setiap kali bukak laptop, mesti nak bukak facebook dulu. Nak tengok status orang. Kalau sempat bergossip tu, bergossiplah kan. Jadi kalau anak-anak saya asyik membuka facebook, takkanlah saya nak marah beria-ria. Sedarkan dirilah jugak.

Banyak sebab anak remaja gemar menggunakan facebook. Ada yang suka main ‘game’, suka letak-letak gambar, chatting dan sebagainya.

Asalkan anak anda berumur lebih dari 13 tahun anda boleh mmebenarkan anak anda mempunyai akaun facebook tetapi dengan pengawasan dari ibubapa sendiri.

Facebook adalah salah satu cara untuk berkomunikasi dunia maya dan ditambah dengan aplikasi gambar dan sebagainya. Memang benar, dengan adanya facebook anak-anak akan lebih mengenali ramai kawan dan keluarga. Kalau dulu agak sukar anak-anak hendak mengucapkan ‘selamat harijadi’ kepada kaum keluraga yang jauh dan tidak berapa rapat tetapi sekarang mereka boleh melakukannya dengan mudah.

Kita perlu menginggatkan anak remaja kita teantang amanah menjaga ‘wall’ facebook kita dari perkatan yang tidak sopan. Bagi saya personaliti dan perangai seseorang akan terserlah dengan apa yang ditulis di wall mereka. Jangan ingat dengan apa yang terpapar di skrin komputer itu dapat menggaburi keperibadian anak-anak dan kita sendiri.

Sepanjang pemerhatian saya, ramai dari remaja di facebook tidak menjadikan ibubapa dan keluarga sebagai kawan difacebook dan jarang-jarang sekali yang hendak meletakkan gamabar ibubapa dan keluarga di facebook mereka. Mengapa ye?

Apa yang perlu saya lakukan?

Saya akan pastikan kesemua usename dan password facebook anak saya adalah autopilot di komputer saya. Kalau ada status yang saya tak gemar saya akan delete dan saya akan terangkan kenapa saya delete.

Saya selalu ingatkan anak saya hormat dengan sapaan dan gurauan dari orang yang lebih tua. Jangan sesekali menulis dalam bahasa yang biadap dengan mereka.

Saya akan pastikan anak saya membalas setiap comment dan yang penting sekali setiap ucapan harijadi yang mereka dapat. Kalau malas sangat klik saja’like’.Saya akan cuba sedaya upaya menjadi kawan kepada kawan-kawan mereka dan menyapa kawan mereka di wall anak saya.

Kadang-kadang saya dan suami akan post status yang ala-ala lawak bodoh supaya boleh berkomunikasi dengan kawan-kawan anak-anak saya.

Yang penting suruh anak remja anda privatekan facebook mereka. Jangan letak gambar yang mendedahkan aurat. Kadang-kadang risau jugak bila berkaitan dnegan meletakkan gambar difacebook. Kena pulak yang jenis suka berposing-posing. Kalau nak bercerita macam-macam boleh dilakukan oleh orang lain berkenaan gambar di facebook, Cuma kita kenalah berhati-hati.

Seorang Pakar IT ,Whitby dad Shael Risman dari Richmond Hill berkata yang kita memnag terdedah kepada bahaya dengan gambar-gambar dan maklumat peribadi yang di letakkkan di facebook. Walaupun ianya untuk tatapan kawan-kawan sahaja tetapi orang asing yang berkawan dengan kawan anak kita masih boleh melihat gambar dan akses kepada maklumat peribadi di facebook. Mungkin tibalah masanya terhasilnya satu software yang dapat mengurangkan kesan-kesan bahaya ini, kan.

Walau apa pun penglibatan anak remaja kita atau ketagihan mereka didalam penggunaan social media perlulah dikawal. Cara untuk mengawalnya terpulanglah kepada ibubapa sendiri. Ada yang suka meletakkan peraturan, ada yang menegah sama sekali dan ada yang tak nak ambik tahu.

Bagi saya pendekatan ‘terjun ke dalam dunia mereka’ adalah yang terbaik. Bermakna kita sebagai ibubapa perlu tahu tentang setiap social media yang anak remaja kita gunakan. Jika ibubapa tidak mempunyai akaun facebook bagaimana untuk memantau segala aktiviti dan komunikasi mereka.

Itulah sebabnya kalau anak saya ada akaun di tumbler, saya pun ada. Begitu juga dengan youtube dan lain-lain lagi. Barulah boleh ‘connected’ dengan mereka. Itulah salah satu tujuan sosial media,kan!!!

Feb 17

Nasi Belum Menjadi Bubur

Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 malam, Dija masih belum balik lagi. Mentari sudah sedikit demi sedikit menjunamkan dirinya di ufuk barat namun kelibat anak daranya masih belum lagi muncul. Kurang beberapa minit lagi masuklah waktu maghrib. Teringat Puan S sewaktu bersama ibubapanya di kampung sewaktu dia masih kecil dahulu, kalau dah menjelang maghrib, pintu rumah, tingkap wajib ditutup, takut setan masuk kata emaknya.

Kehidupan di bandar pula seperti membenarkan waktu maghrib dijadikan seperti waktu untuk bersantai. Entahlah keluh Puan S. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia pulang pindah ke kampung. Aman damai. Namun, di sinilah pula tempat dia dan suami mencari rezeki. Kalau tak duduk di bandar nak cari makan apa pulak mereka sekeluarga. Keluar pagi dan balik petang, tidak menjanjikan pendapatan yang mencukupi, cuma kalau nak berhutang dan menambah hutang tu bolehlah. Sekarang bertambah serabut kepala pula memikirkan masalah anak perempuannya yang seorang ini.

Dija tidak seperti dulu lagi, perlakuannya kini berbeza. Semenjak Dija bersekolah menengah dan berkawan dengan rakan-rakan yang sama meningkat remaja perangainya memang dan seratus peratus berbeza. Dari seorang anak perempuan yang sopan, lembut dan suka bergurau bertukar menjadi seorang yang perengus dan pantang ditegur. Usahkan nak menegurnya, kalau bertanya sudah makan pun akan dibalas dengan kata-kata yang kasar ataupun langsung tak dibalasnya soalan.

Lebih teruk dari itu, sikap panas baran nya menjadi-jadi. Pening kepala Puan S. Kadang-kadang sebab yang kecil pun boleh Dija hilang pedoman. Sebagai contoh, kalau tak ada juadah kegemarannya setiap kali balik sekolah, Dija akan melenting. Dengan adik beradik sudah seperti anjing dengan kucing. Pantang bertemu, pasti bercakaran dia dengan adik-adiknya.

“Mama jangan menyibuk hal Dija, Dija dah dewasa tahulah Dija jaga diri,” jerit Dija tempoh hari bila dinasihati Puan S. Hilang jugaklah sabar Puan S dan tanpa disedarinya terlepas jugalah penampar sulungnya ke muka Dija. “Mama memang dah tak sayangkan Dija lagi,” amuk Dija lagi. Pang!! bunyi daun pintu biliknya ditutup sekuat-kuat hati.

Keadaan sebegini memang selalu berlaku bagi remaja yang sedang meningkat usia. Keliru dengan rasa sudah dewasa dan takut meninggalkan zaman kanak-kanak berkemungkinan menjadi salah satu sebabnya. Itu pendapat sayalah..komunikasi yang semakin menampakkan jurang juga adalah salah satu sebabnya.
Pada peringkat ini anak remaja yang keliru akan mengasingkan diri dari kawalan ibu-bapa mereka. Mereka mula membina prinsip hidupnya dan pandangannya sendiri. Selalunya seiring dengan minat dan kelakuan rakan-rakan rapat.Segala idea dan pandangan ibunya dianggap kuno.

Berbalik kisah Puan S dan Dija tadi, memang perhubungan mereka sudah mula menampakkan keretakan sejak beberapa tahun yang lalu tapi Puan S menganggapnya perkara biasa. “Budak nak membesar agaknya,” fikir Puan S memberi alasan menyedapkan rasa hati. Namun akibat kealpaannya, keadaan menjadi semakin rumit dan sekarang Puan S sudah tenggelam punca dalam mengatasi masalahnya dengan Dija.

Pada pandangan saya, Puan S mungkin tersilap dan menganggap Dija masih anak kecil lagi. Saya pun kadang kala pun terleka dan terlupa yang anak-anak dara saya juga sudah remaja. Minat dan kehendak sudah amat berbeza.

Saya rasa pasti ibubapa di luar sana yang menghadapi masalah serupa Puan S. Mungkin ramai yang merasakan sukar betul memahami apa yang anak remaja perlukan? Memang kadang-kadang ramai yang mengambil jalan mudah untuk mengambil hati anak remaja dengan membelikan handphone, MP3, beg dan baju berjenama baru.
Pada saya, masalah-masalah diatas boleh diatasi jika sejak mula wujud komunikasi yang baik antara remaja dan ibubapa mereka. Sayangnya dalam kebanyakan hubungan anak remaja dan ibubapa pada masa ini tidak ubah seperti berperang. Masing-masing ingin memperkatan sesuatu sesame sendiri tetapi tidak kesampaian. Maka bertimbun-timbunlah perasaan dan fikiran di hati masing-masing yang lama-kelaman akan meletup jika tidak dapat dikeluarkan.

Sebaik-baiknya ciptalah situasi di mana anda boleh berkomunikasi dengan baik. Berhati-hati bila berbicara dan bijaklah mengukir kata. Pada sayalah, bersembang bodoh-bodoh dan bergurau senda dengan anak remaja dapat merapatkan kembali jurang antara mereka dan dapat memperbaiki komunikasi dengan anak anda.
Cubalah. Sayangilah anak remaja anda. Anugerah yang tiada nilainya!