free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 01

Makan Bersama … Ceria Bersama

Kami sekeluarga baru selesai makan malam secara berjemaah. Malam ini saya menyediakan masakan “Tomato Penne served with cheese sausage and salad”. Okay, yang salad tu anak dara yang sulong dan nombor dua yang sediakan.

Dan bila makan bersama-sama ini, kami mengambil peluang berbual bermesra dengan anak-anak. Tajuk perbualan malam  ini? Kisah movie The King’s Speech yang baru ditonton malam sebelumnya. Bak kata orang zaman sekarang, sembang benda-benda bodoh jer.

Apapun, saya dan suami memang memandang serius akan  makan secara berjemaah ni. Kami memang menetapkan untuk makan bersama-sama sekurang-kurangnya 4 kali seminggu… maklumlah masing-masing memang sibuk dengan kerja dan hal-hal sekolah saban hari saban minngu.

Hasilnya, saya dapat rasakan hubungan kami anak-beranak menjadi lebih rapat…. kena-kena pulak anak-anak kami sini sudah meningkat remaja.

Bagi mereka yang jarang mengamalkan amalan makan bersama keluarga ini, saya amat-amat menggalakkan anda mulakannya. Seronok. Kalau tak biasa, mulakan dengan perlahan-lahan. Mungkin mulakan dengan makan malam di hujung minggu. Mula-mula tu memanglah akward sebab benda baru kan… tapi lama-lama percayalah mesti seronok.

Lama-kelamaan anda boleh lakukan dengan lebih kerap, tak begitu? Jika sewaktu makan tengahari agak sukar untuk mengumpulkan ahli keluarga untuk makan bersama-sama, pastikan anda boleh melakukan sedemikian pada waktu makan malam. Sekurang-kurangnya, 3 atau 4 kali seminggu pun jadilah.

Bagi membuatkannya lebih menarik dan tidak menjemukan, ciptalah kelainan pada setiap hidangan, samada dari segi menu, presentation ataupun aktiviti sewaktu makan malam. Dan kalau anda ada anak-anak yang remaja, ajaklah mereka bersama-sama menyediakan makanan bersama-sama.

Saya ada terbaca satu kajian dari Amerika Syarikat yang mengatakan ‘families that eat together stay together’.  Kajian tersebut juga merakamkan bahawa anak-anak yang berada dalam susana sedemikian juga lebih sihat, berjaya di sekolah ataupun dalam karier serta lebih rapat di antara satu sama lain.

Apapun, makan bersama keluarga menggalakkkan kemesraan. Perbualan semasa menikmati hidangan dapat menyediakan peluang untuk memupuk kasih sayang dan keakraban  di antara setiap ahli keluarga. Berbual, bertanya khabar, berkongsi pengalaman, belajar dari satu sama lain dan bergelak ketawa, emm…. bukankah ianya sesuatu yang menggembirakan.

Waktu makan keluarga adalah juga peluang terbaik untuk anda memaparkan adab dan mengajar tentang tertib-tertib makan kepada anak-anak anda. Cuba kawal mood anda sekeluarga semasa makan supaya keadaan sentiasa tenang.Tak perlu membebel dan mengkritik di antara satu sama lain.

Cubalah mengenalkan makanan baru kepada anak-anak anda. Waktu beginilah anak anda akan lebih berlapang dada untuk mencubanya, Tak perlu memaksa, membebel atau sebagainya. Ia dapat menggalakkkan anak anda untuk mencuba makanan berkhasiat yang tidak digemari mereka. Kalau sebelum ini anak-anak tak suka makan sayur, mungkin dengan makan beramai-ramai, secara tak disedari mereka akan menggemarinya.

Jadi apa tunggu lagi, jom makan!!!!