free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 08

Main Video Game..Apa salahnya!

Menurut kajian yang dijalankan oleh Laura Padilla-Walker dari Universiti of Brigham, Utah, para bapa yang selalu menghabiskan masa bermain video game bersama anak perempuan mereka akan menjadikan anak perempuan mereka lebih gembira, sihat dan akan lebih akrab dengan ahli keluarga yang lain.  Beliau yang menjalankan penyelidikan dengan membuat pemerhatian terhadap 280  buah keluarga yang mempunyai anak perempuan khususnya anak remaja mendapati mereka lebih bersopan-santun dan berjaya di sekolah masing-masing. Ini juga dapat mengelakkan remaja dari menghadapi masaalah kemurungan ataupun terlalu agresif.

Sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk para bapa menjalinkan perhubungan yang baik dengan anak remaja perempuan mereka. Seringkali kita tidak tahu apakah aktiviti yang sesuai untuk anak-anak kita yang meningkat remaja khususnya kepada para bapa.  Lebih malang lagi jika kita berpendapat menghabiskan masa dengan anak remaja adalah satu perbuatan yang janggal. Betul, kadangkala bila para bapa berbual dan bergelak ketawa  dengan anak perempuan dianggap mengada-ngada dan anak itu pula dicop sebagai anak manja. Bapa yang keluar shopping dengan anak remaja perempuan dianggap pelik. Jadi jangan salahkan mereka jika mereka lebih gemar keluar dengan kawan-kawan lain, melepak dengan orang yang tidak kita kenali ataupun berkurung sahaja di dalam bilik.

Berlainan pula dengan anak remaja lelaki. Bermain  video game dengan mereka tidak banyak membantu walaupun ia boleh juga dilakukan. Ini kerana anak lelaki terlalu pandai dan cekap bermain permainan tersebut. Mereka akan rasa boring atau tercabar dengan aktiviti bersama anda nanti mungkin kerana para bapa terlalu bagus dari mereka atau terlalu jauh ketinggalan dari mereka. Mungkin aktiviti luaran yang mereka minati adalah pilihan terbaik.

Wahai kaum bapa, ambillah sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti yang betul dengan anak remaja anda.  Menghabiskan masa bersama anak remaja anda dengan cara yang betul pasti akan menjadi kenangan terindah dan penawar bagi keharmonian rumahtangga anda dan kehidupan anak remaja anda  bila mereka mempunyai keluarga sendiri di masa akan datang.