free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Mar 21

Muffin Blueberry

muffinblueberry1

Seimbang dari segi rasa dan rupa. Rasa yang seimbang, cukup dengan rasa masam, lemak dan manisnya .

Macam itulah saya ‘describe’ muffin blueberry saya. Nak membuatnya tak susah sangat, tak perlu guna mixer. Bahan-bahannya pun agak senang didapati. Kalau nak ubah bahan-bahannya pun boleh. Nak bubuh strawberry maka jadilah muffin strawberry. Kalau nak lebih berkhasiat, boleh gunakan tepung ‘wholemeal’.

Tak payah banyak-banyak fikir. Muffin tak perlu ada frosting apa apa pun. Dia jenis makan macam itu sahaja. Kan saya dah kata ianya seimbang dan mudah segala-galanya.

muffinblueberry2

Begitu jugalah hidup. Kena seimbang kiri kanan. With new adventures come new challenges, lessons and friendships.Kalau kat sini terkurang kat sana pulak terlebih. Bagi saya keseimbangan hidup ialah bila kita bersyukur dengan apa kelebihan dan kekurangan yang ada…barulah seimbang. Teringat pesan arwah mak…bila selalu bersyukur, everything will be fine..

Everyone say ‘Hello’ kat buku baru saya!!!


buku60minit1

Ok..buku ni belum keluar lagi. InsyaAllah dalam minggu ini. Ni lah baby saya yang kelima. Empat buku sebelum ini adalah buku tentang bekal. Saya nak kalau boleh lebih ramai lagi orang bawak bekal. Buku yang ini lain pulak…banyak yang saya nak cerita pasal buku ni tapi kat entry lain lah ye..sebab banyak sangat.

Walau apa pun kesemua buku saya walaupun ianya sekadar buku resepi or buku masakan or whatever people call it…saya akan pastikan buku-buku tersebut ada ‘love story’.  Ada bait-bait cinta dari makanan yang disediakan. Jadikan kisah cinta paling romantis keluarga anda bermula dari meja makan rumah anda sendiri. Cubalah..pasti menjadi.

Kat bawah ni saya letakkan resepi muffin blueberry…Selamat Mencuba!

Muffin Blueberry

Bahan-bahannya:

125 g mentega

100 g gula castor

180 g tepung naik sendiri

150 ml susu segar

100 gram buah blueberri

2 biji telur

2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 C

Cairkan mentega

Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tunagkan mentega ke atasnya. Kacau

Masukkan telur dan susu segar. Kacau menggunakan whisk ataupun garpu

Didalam bekas lain, campurkan tepung naik sendiri dan soda bikarbonat

Masukkan perlahan-lahan tepung ke dalam campuran tadi

Masukkan separuh dari buah blueberri dan gaul sebati

Sendukkan adunan ke dalam bekas muffin dan taburkan separuh dari buah blueberri ke atasnya

Bakar selama 15-20 minit