free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Feb 03

Muffin Durian

Suka makan durian tak? Saya memang suka makan durian tapi disebabkan kat rumah saya ni hanya saya saje yang ‘hantu’ durian, kadang-kadang malas nak membelinya. Bau durian aje dah membuatkan anak-anak saya pening. Tapi yang peliknya mereka ni, kalau tempoyak dibuat sambal memang kena tambah masak nasi pulak. Macam-macam la.

Muffin durian ni bukannya benda yang baru tetapi ia tidaklah seglamour durian crepe. Mungkin jugak kemunculan durian crepe tepat pada waktu kemunculan facebook. Rata-rata yang saya tahu muffin durian ni menggunakan durian yang dimasukkan sekali ke dalam adunan muffin. Berbeza dengan muffin durian saya ni, isi durian dimasak sehingga menjadi inti dan diletakkan di dalam muffin.  Rasanya memang sedap dan jika anda ‘hantu’ durian macam saya , anda boleh bubuh sebanyak mana yang anda suka.

Saya memang dah lama nak buat muffin durian ni apatah lagi bila bapa saudara dan ibu saudara sebelah suami saya suka sangat muffin durian ni. Bila aje berjumpa, mereka pasti bertanya, mufffin durian ada?. Kebetulan pada kenduri kahwin anak mereka dua minggu yang lepas, saya berkesempatan membuat muffin durian ni. Baru puas hati rasanya. Anyway, saya rekomenkan anda mencuba resepi ini. Inti durian menjadikan muffin durian ini ‘moist dan yang penting ‘special’ ..lain dari yang lain.

Inti Durian

1 mangkuk isi durian

1 sudu besar tepung jagung

3 sudu besar tepung custard

2/3 sudu besar gula perang (brown sugar)

150 ml susu segar

Sedikit garam

(Kuantiti barang bergantung kepada kepada banyaknya isi durian, boleh kurangkan sini dan sana, tak ada hal)

Masukkan  ke semua bahan  ke dalam periuk dan masak sehingga ianya pekat.

Muffin

125 gram mentega (dicairkan)

180 gram tepung naik sendiri

1 1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh baking soda

100 gram gula

150 ml susu segar

2 biji telur

Cara membuatnya:

Cairkan mentega dan campurkan dengan gula dan kacau

Pukul telur dan amsukkan ke dalam adunan

Satukan tepung bersama baking powder dan baking soda

Masukkan campuran yang diatas (basah) ke dalam adunan tepung

Kacau sehingga sebati ( gunakan garpu untuk mengacau supaya adunan  lebih cepat sebati- jangan overmix))

Masukkan separuh adunan ke dalam bekas muffin dan kemudian masukkan inti durian

Sendukkan adunan muffin sekadar menutup bahagian atasnya

Bakar pada suhu 180 c selama 15 minit