free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Oct 14

Muffin Strawberry

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Buah strawberry tu dah lama dibeli. Disimpan didalam peti ais sampaikan dah jadi lembik. Semenjak dua menjak ni selalu aje jatuh cinta dengan buah strawberry. Pantang nampak buah strawberry yang masak ranum, terus aje nak beli. Lepas tu terperuk dalam peti ais tak tau nak buat apa.

Perangai buruk itu masih ada…membeli tanpa ada perancangan terlebih dahulu. Mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan cara ibubapa saya dulu yang suka stock-up banyak barangan keperluan dapur dengan alasan, kalau ada tetamu yang datang mengejut, taklah susah mana nanti. Saya juga sudah terbiasa masak dalam kuantiti yang banyak. Tak ada kuali dan periuk yang bersaiz kecil dirumah saya. Semuanya besar gedabak ibarat nak masak untuk kenduri. 

Saya suka menerima tetamu. Pembetulan..saya dan suami memang suka menerima tetamu . Bagi kami meraikan tetamu adalah satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan. Berbincang mengenai menu. menghias meja makan, planning a guest list, arranging flowers and cooking for those we care about…ohh, it is such a soul-satisfying. Entertaining is fun…….

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Muffin strawberry ini saya buat untuk kami sekeluarga makan dihujung minggu. Ingatkan bolehlah Arissa bawa sedikit untuk kawan-kawan serumahnya tapi saya pun dapat makan seketul aje. Muffin ni garing diluarnya kerana saya taburkan gula perang yang dicampur dengan sedikit kulit kayu manis. Harum semerbak baunya. Lembut  dan lembab dibahagian dalam dan garing dibahagian luar memang menjadikan muffin ini sempurna. Muffin tak perlu terlalu manis kerana ianya tidak mahu menenggelamkan rasa buah yang dimasukkan kedalamnya. Potong sahaja buah strawberry kecil-kecil supaya apabila dikunyah, dapat terasa manis dan sedapnya strawberry tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Muffin Strawberry

Bahan-bahannya:

1/2 cawan mentega

3/4 cawan gula castor

1 biji telur

2 cawan tepung gandum

2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam

1/2 cawan susu segar

1 1/2 cawan buah strawberry(dipotong kecil)

3 sudu besar gula perang + 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (Untuk ditabur)

Cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C

Pukul mentega dengan gula sehingga gula hancur dan kemudian masukkan telur

Campurkan tepung, baking powder dan garam kedalam bekas yang besar

Masukkan campuran tepung tadi bergilir-gilir dengan susu segar kedalam  adunan mentega

Gaul sebati dan masukkan kedalam bekas muffin

Taburkan dengan  campuran gula perang 

Bakar selama 20-25 minit

Sep 03

Strawberry Crumb Muffins

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Iye betul dah bulan September , I know! Sekejapnya masa berlalu. Golek sana, golek sini dah pun nak ke penghujung tahun. Macam saya yang mempunyai anak berderet setahun seorang ni, bila tiba hujung tahun rasa macam mengerikan aje, mana tidaknya, sebab… tiap-tiap tahun saya terpaksa menghadap anak yang nak ambil periksa. Bayangkan semenjak anak sulung saya UPSR dan anak saya dah pun 19 tahun sekarang, tiap-tiap  hujung tahun kena kecut perut sebab anak-anak nak periksa. Kadang-kadang tu sampai 2 orang setahun.  Tapi lama-lama dah macam tak kisah pulak, Dah tak ada ‘trill’ la pulak sampai bila ditanya bila anak nak SPM, saya pun tak tau bila…bagus punya mak!

Hujung minggu yang lepas, saya buat  strawberry crumb muffin untuk dijamukan kepada kawan-kawan anak-anak saya semasa saya mengadakan ‘open house’ untuk mereka.  Pay attention dekat ayat ‘mengadakan’ ..maknanya saya yang beria-ria nak buat  open house untuk kawan-kawan mereka. Kalau tanya kat depa, jawapan yang selalu terkeluar adalah, malas la , nanti penat lah dan macam-macam lagi. Tapi dah memang saya dan suami suka sangat nak ‘entertain orang’  so kami bercadang tahun ni nak buat jamuan kecil-kecilan untuk meraikan kawan -kawan anak-anak saya. Sekali sekali buat apa salahnya dan memang berbaloi..nanti saya akan ceritakan di entry yang lain.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya hanya menggunakan strawberry yang ‘frozen’ untuk membuat muffin ini. Boleh tahan jugak, sama aje rasanya cuma mungkin ianya agak berair sedikit. Tapi no hal lah sebab harganya jauh lebih murah dari buah strawberry yang fresh.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Membuat muffin bukannya susah sangat asalkan jangan terlalu ‘over mix’. Ada juga muffin yang menggunakan mentega yang dicairkan tetapi walau apapun tekstur muffin leih kental dan padat. Makan sebiji pun dah kenyang.  Muffin strawberry ini saya taburkan crumb diatasnya atau boleh dipanggil kerak kut. Ianya menjadikan muffin lebih sedap dan cantik. Bila mengunyah muffin yang lembut dan moist bersama crumb/kerak yang ranggup..wow, sedap ! Makan pulak masa panas-panas, lagilah sedap.

Saya hanya taburkan crumb diatas muffin tersebut dan bakar seperti biasa. Muffin ini boleh jugak digandingkan dengan ice-cream vanilla ataupun cream. Bila dihidangkan sebegitu nampak lebih elegant dan kemas.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini muffin yang baru lepas keluar dari oven. Kalau nak lebih gempak, bolah tambahkan lagi kuantiti buah strawberry ataupun boleh ditukar kepada buah-buahan lain yang anda suka.

Jom tengok resepinya….

 

Strawberry Crumb Muffins

(24 biji muffin)

 

Bahan-bahannya:

150 gram mentega

1/2 cawan  applesauce/ jem epal yang dicampur dengan air/gunakan air sahaja

2 cawan gula castor

2/3 cawan susu segar

3 cawan tepung gandum

3 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam

2 sudu teh vanilla

3 cawan buah strawberry frozen

 

Cara membuatnya:

Panaskan oven dengan suhu 300  c

Pukul mentega gula dan apple sauce selama 1 minit atau sehingga adunan bertukar warna

Masukkan telur dan pukul sehingga semuanya sebati

Masukkan pula susu dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati

Dalam mangkok yang berasingan campurkan tepung bersama baking powder dan garam

Masukkan adunan yang kering ke dalam adunan yang wet tadi sedikit demi sedikit ( dalam 3 kali tuang)

Akhir sekali masukkan buah strawberry dan gaul menggunakan senduk atau spatula

Masukkan adunan ke dalam bekas muffin  dan ketepikan sebentar sementara untk membuat crumbnya

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bahan -bahan untuk crumb

200 gram tepung kek

1oo gram gula perang

sedikit garam 125 mentega (di cairkan)

Caranya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul menggunakan mixer atau boleh gunakan tangan sahaja.

Taburkan crumb ke atas muffin tadi dan bakar selama 20-25 minit .