free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 14

Kepah Goreng

kepahgoreng1

Anak-anak suka makan kepah berbanding dengan lala. Kata mereka isi kepah lagi besar dan kenyal. Tapi nak dapatkan kepah bukannya senang. Kalau lala tu selalu ajer ada dijual dipasar. Itu pun kadang-kadang kena ikut musim jugak.

Saya memang kurang pandai dengan bab-bab benda alah ni. Almakhlumla rumah jauh dari laut. Seingat saya kali pertama saya makan kepah  iaitu semasa saya di sekolah menengah dulu. Masa tu saya ikut kakak saya pergi ke rumah kawannya di Banting. Nama kawan kakak saya tu Kak Ayom.Suatu pagi saya dan kakak mengikut keluarga Kak Ayom ke tepi pantai sebab nak kutip kepah. Dalam kepala saya ingatkan berteraburlah kepah kat tepi pantai tapi rupanya kena cari kepah kat dalam tanah. Kena toreh-toreh pasir pantai dan barulah dapat tangkap kepah. Bestnya masa tu sampai tak sedar kami kutip kepah berjam-jam lamanya.

Saiz kepah yang dikutip agak besar. Lebih kurang saiz tapak tangan. Kak Ayom masak gulai lemak kepah yang super pedas. Masak guna dapur kayu dan makan pulak dengan pecal. Huhhhh…tak sanggup nak cerita dah. Memang sedap sangat.

Syarat utama nak masak kepah supaya ianya sedap ialah kepah tu kenalah yang segar. Kalau dah dapat kepah yang segar kena masak yang simple-simple aje supaya ianya dapat mengeluarkan aroma yang semula jadi dan dapat rasa keaslian rasanya. Jadi saya masak kepah goreng yang sangat senang dimasak dan sedap. Masak senang-senang aje kan.

Kepah Goreng

Bahan-bahannya:

600 g kepah segar(Dibersihkan)

2 biji bawang merah (Dihiris halus)

7 biji cili padi(Dihiris halus)

2 biji cili merah(Dihiris halus)

3 batang serai (Dititik)

3 sudu makan minyak masak

1 /2 sudu teh garam

1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Cara membuatnya:

Panaskan minyak

Tumis bawang merah, cili padi dan cili merah sehingga layu.

Masukkan serai. Gaul sekata.

Masukkan kepah, gula dan serbuk lada sulah. Gaul sebati

Masak sehingga kepah masak.