free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Jul 08

Kenduri Tahlil Arwah Mak

Tanggal 29 June 2013 yang lalu, arwah Mak saya (kalau dia masih hidup) secara rasminya turned 81 years old. Secara rasminya kerana itu lah tarikh lahir Mak yang tertera di MyKad dia. Namun, arwah mak sendiri ada berkata umurnya lebih tua dari itu, most probably two years older. Tapi biasalah orang dulu2 selalu memudakan umur bila register IC. Apapun, sewaktu saya menemani mak si hospital di sekitar dua minggu sebelum Mak menghembuskan nafasnya, dia ada memesan supaya saya mengadakan majlis hari lahir besar-besaran untuknya tahun ni bila dia sihat nanti. “Mak nak macam birthday Arissa *anak bongsu saya) and kamu masaklah makanan yang mak suka,” pesan dia sambil ketawa. Aduh, kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mak pergi sebulan setengah sebelum hari lahirnya. Tapi saya tetap nak adakan satu majlis untuk mak saya pada tarikh itu walaupun kini hanyalah majlis tahlil untuk mak. Dan saya nak buat majlis yang meriah tetapi hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja – keluarga abang-abang dan kakak-kakak saya sahaja. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri namun kehadiran kakak, abang, ipar2, anak-anak saudara serta cucu saudara sangat memberi erti pada malam itu. Kena pulak majlis diketuai oleh Naim yang memimpin solat jemaah Maghrib, majlis tahlil serta sedikit majlis tazkirah. Seorang lagi anak saudara Suhail pula memimpin solat Isyak berjemaah. Kemudian majlis makan-makan. Boleh dikatakan saya single handedly masak juadah nasi minyak, ayam masak merah, dalca, dendeng daging dan jelatah. Untuk dessert saya buat kek rainbow dan pavlova. Selain itu kakak saya Yong, kakak ipar Kak Zai, anak-anak saudara Nisa serta Fatimah juga membawa juadah pembasuh mulut yang lain. Alhamdulillah!

Ruang tamu berubah rupa menjadi dewan solat.

Solat Mahgrib in progress

Diikuti pula majlis bacaan Yasin diketuai oleh Naim.

Kami sedang leka medengar Tazkirah ringkas dari Naim. Jemaah lelaki semua dah hilang cari kerusi dan dinding untuk keselesaan masing-masing hehehe.

Anak sedara Affan dan isteri Azila sempat berposing sementara menanti Solat Isyak

Lepas tu kami ramai-ramai join in the fun dari kiri Faizah, Alia, Ila, Fudel, saya dan Affan.

Untuk cicit-cicit Tok Hasan dan Opah Siah yang sembilan orang tu, saya sediakan satu treat istimewa siap ngan nama mereka sekali.

Ini Aiddil. Cucu sulong abang saya yang kat belakang tu.

Ini pulak Safiyyah, anak Naim dan Mizayang independent.

Ini Fauzan, anak Fudel dan fatimah.

Adik Aiddil, Aeen yang tak duduk diam – anak Affan and Ila.

Getting ready

Meriah kan meja dessert?

Nasi Minyak

Daging dendeng

Dalca and ayam masak merah

Sotong tumis pun ada

Ini konsep East Meets West

Yang handsome ni pulak ialah Solihin, anak Faizah.

Two best friends, Aiddil and Zara

Suhail and wife Raihanah – Sofia tak ikut sebab dah tidur

Sang suami perasan posing mcm college student with niece Aisyah.

Khusyuk makan – abang ipar saya Yeop ngan kakak sulong Yong. Dua orang lagi tu adalah gadis2 Kuala Dipang

Nisah and her husband Halim

Anak dara in da house – Atie, Ain, Aisyah, Alia, Asma and Arissa *hehehehe semua start ngan hurup A walaupon hakikatnya adalah tidak

Naim ngan mak bapak dia Nyah and Kak Zai

My rainbow cake sesudah dirasmikan.

Jan 03

Pavlova Strawberry Dan Buah Delima

Satu ketika dulu, ramai betul orang buat pavlova. Tak putus-putus orang update status tentang pavlova.Teringin saya nak buat tetapi disebabkan saya rasa macam membuat pavlova memerlukan teknik yang susah, maka saya diamkan sahaja hasrat saya tu. Tapi mana boleh jadi, mesti cuba jugak, kan.

Pavlova sebenarnya adalah sejenis manisan berasaskan meringue, ranggup dibahagian luar dan lembut di bahagian dalamnya. Pavlova diselaputi oleh whipping cream di bahagian atasnya dan diletakkan hirisan buah-buahan diatas cream tersebut. Ianya dinamakan pavlova sempena nama seorang ballerina berbangsa Rusia Anna Pavlova. Dikatakan resipi pavlova ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada beliau semasa beliau melawat New Zealand ataupun Australia pada tahun 1920-an. Tidak pasti samada ianya dibuat di New Zealand ataupun Australia. Namun begitu Pavlova amat terkenal di New Zealand, Australia dan United Kongdom.

Sebenarnya di sana, pavlova dianggap sebagai salah satu resipi yang simple dan penting untuk perayaan tertentu.Memang betul, membuatnya senang… janji ada mixer dan oven yang sesuai. Yang penting teknik mestilah tepat. Saya pun ingatkan susah sangatla nak buat pavlova sebabkan harganya kat luar agak mencekik jugak.

Untuk membuat meringue kena pastikan bekas dan alatan yang digunakan tidak berminyak. Selalunya saya akan basuh kesemua alatan dengan air panas dahulu sebelum mengadun pavlova. Anda juga perlu menggunakan telur yang segar dan perlu berhati-hati semasa mengasingkan telur putih dan kuning. ok!

Diantara tips untuk membuat pavlova seperti yang saya cakapkan diatas.  Jangan ada minyak pada alatan. Kalau ada sikitpun nanti meringue tak  naik. Pukulla selama mana pun. Semasa memasukkan gula, masukkan sedikit demi sedikit, Selepas semua gula dimasukkan , pukul lagi dalam 2 /3 minit sehingga ianya kelihatan berkilat, gebu dan kental. Jika gula tidak betul-betul dihancurkan, nanti bila meringue dah siap, bila dipotong akan meleleh keluar meringuenya.

Lapik dulang pembakar dengan kertans gris dan lukislah sebesar mana pavlova yang anda akan buat. Ala agak-agak pun tak ada tetapi anda perlu  membentuk pavlova tu ala-ala macam gunung, jadi nanti pavlova tu taklah penyek . Lagi satuselepas meringue nampak kekuningan, tutup oven dan biarkan dulu didalam oven. Kalau boleh biarkan selama lebih kurang 6 jam. Teknik ini dilakukan untuk mengelakkan meringue mudah pecah.

Pavlova juga boleh dihidangkan sebegini. Cantik jugakkan. Pecah-pecahkan pavlova dan tuangkan whipping cream diatasnya. Lepas tu letakkan hirisan buah-buahan. Oh ya lupa pulak nak bagi tau. Saya gunakan buah strawberry dan delima. Rasa pavlova ni macam mashmallow  pun ada. Bila manis dan di makan bersama strawberry yang manis dan buah delima yang masam sedikit. Bayangkanlah betapa sedapnya. Boleh bayangkan ke?

Jika dihidangkan sebegini, nampak lebih kemas dan santai. Ataupun kalau ‘emergency’ meringue pecah, bolehla di hidangkan sebegini…cover line. Bagi sesiapa yang dah bersemangat nak buat pavlova, reaipinya ada kat bawah ni. Saya ambil dari resipi donna hay. Thanks Donna!

Bahan-bahannya:

Meringue:
4 biji telur putih
1 cawan gula castor
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh cuka putih
1 cawan whipping cream ( dipukul sehingga kental)
Buah-buahan ikut suka

Cara membuatnya:

Panaskan oven 150°C (300°F) dan kemudian dikurangkan kepada 140°C
Pukul putih telur sehingga kental. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kaup dibahagian tepinya. Pukul sehingga ia menjadi kilat dan kental. Masukkan tepung jagung dan cuka dan gaul sebati.Letakkan aduna ke atas kertas gris dan bakar selama 1 jam 20 minit.Sementara itu pukul whipping cream. Sapukan whipping cream ke atas meringue dan hias dengan hirisan buah-buahan.