free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Oct 08

Quinoa dan Black Bean Casserole

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Quinoa namanya dan memang saya pun tidak berapa ‘familiar’ dengan benda alah ni.  Quin-what? Pronounced “keen-wah dan rupanya macam biji gandum yang direbus atau lebih tepat lagi rupanya macam kus-kus. Sangat ringan dan tak ada rasa, bak kata orang perak..’tawo hambio”. 

Benda ini memang baru buat saya dan ini adalah kali pertama saya memasaknya. Dah simpan berbulan-bulan quinoa ni di dalam kabinet dapur semenjak resolusi hendak menurunkan berat badan beberapa bulan yang lalu. Suami saya beli quinoa ni supaya kami dapat menggantikan quinoa dengan nasi yang kami makan dan jadinya bolehlah turunkan beberapa kilo kan…. Tetapi nampaknya semuanya menjadi impian yang musnah berderai. Nasi jugaklah yang menjadi pilihan. Tak tergamak rasanya nak masak benda lain menggantikan nasi dan makan dengan sambal belacan. Oh tidak!

Quinoa ni adalah sejenis seed ( seperti biji benih) dan bukannya sejenis bijirin. Kaya dengan protin, asid amino dan penuh dengan kandungan lysine yang membantu pertumbuhan tisu-tisu yang sihat untuk tubuh badan kita. Quinoa juga merupakan sumber yang baik untuk iron, magnesium, vitamin E, potassium, and fiber.

Quinoa ni kalau tidak dimasak dengan betul , tak lalu jugak nak makannya. Bila tengok banyak betul khasiatnya maka saya pun menjadi begitu kreatif dengan mencuba masukkan segala bahan-bahan dan menghidangkannya dalam bentuk casserole. Orang putih memang suka makan quinoa ni jadi saya banyaklah menjengok-jengok resepi mereka dan saya masukkan unsur-unsur Asia. Hasilnya:

Suami : sangat sukakannya..

Saya: suka jugak

Anak-anak: suka

Macamana nak memasaknya?

O.k kita tengok gambar dulu ye….

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

1. Basuh quinoa macam membasuh beras

2. Toskan

3. Letakkan di atas api sebentar dalam 2 minit camtu agar keluar flavour kekacangnya

4. Masukkan ke dalam ‘rice cooker” dengan sukatan 1 cawan quinoa dengan 1 1/2 cawan air dna tambahkan sedikit garam

5. Masak macam masak nasi

6. Bila sudah masak, tuangkan ke dalam mangkuk dan kuis-kuiskan dengan garpu supaya ianya gebu

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Quinoa dan Black Bean Casserole

Bahan-bahannya:

1 ketul isi ayam dipotong dadu

1 biji bawang holland dipotong dadu

1 atau 2 sudu besar black bean

3/4 biji cili padi (optional)

Sedikit minyak untuk menumis

2 biji cili benggala berwarna kuning

2 biji cili benggala berwarna hijau

Sedikit garam dan lada sulah

1/2 cawan cheddar cheese

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

1. Lapisan pertama:     Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland. Masukkan black bean dan biarkan garingseketika . Masukkan ayam dan cili padi dan masak sehingga ayam empuk – ketepikan

2. Lapisan kedua:  Gunakan cara memasak quinoa seperti di atas

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

3. Lapisan ketiga: Panaskan minyak dan masukkan kesemua cili benggala yang dipotong dadu bersama sedikit garam dan lada sulah. Masak sebentar sahaja dan pastikan lada benggala tidak lembik, angkat dan ketepikan

Lapiskan casserole ini mengikut urutan lapisannya dan akhir sekali taburkan cheddar cheese. Anda boleh tambah lagi keju jika suka. Bakar pada suhu 180 C. Tutup casserole dengan aluminium foil dan bakar selama 20 minit. Selepas itu buka kertas foil dan terus membakar selama lebih kurang  10 minit lagi atau sehingga lapisan atasnya perang kekuningan.

Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Tabur daun sop dan daun bawang. Boleh dimakan bersama roti,tacos dan tortilla chips.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA