free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Aug 31

Fantastic Family Time

DSC03424

Anak saudara sulong saya Faizah (anak kakak sulong saya Yong)sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Ezwan Nizam kelmarin 30.8.2014. Alhamdulillah syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana perancangan dan majlis walimah yang berlangsung di rumah Faizah di Bandar Seri Botani, Ipoh pada siang semalam dan majlis di rumah Nizam siang tadi (31.8.2014) selamat dijalankan.

DSC03482

 DSC03519

Tahniah Faizah and Nizam. We are so so very happy for you two. 

Bila tarikh majlis kawen Faizah ditetapkan tak lama dulu, saya sangat teruja sebab selalunya masa-masa kenduri kahwin lah adik beradik saya dapat berkumpul. Dan rasanya sudah lama sungguh kami adik-beradik serta keluarga masing-masing tidak dapat berkumpul serentak sekali. Yelah bukan senang nak mengumpulkan kesemua sekali dek kerana kekangan masa serta kesibukan harian. 

Namun begitu, semakin dekat dengan hari majlis berlangsung semakin excited saya jadinya, walaupun masih ramai yang tak dapat confirm whether dapat datang or not. 

Tapi makin dekat hari majlis, our family Whatsapp group pun busy memanjang … buzzing with messages bertanyakan latest updates mengenai majlis yang bakal berlangsung. Five days before wedding, tetiba my niece Nisah came up with a brilliant idea that all cousins and and uncles and aunts to don baju ikut tema warna. If you know my family yang amatlah sukar nak bergaya ni, nak achieve something like this memang lah such big task (Keluarga saya sendiri pun sampai sekarang tak dapat2 lagi nak merasa beraya pakai baju dengan satu theme colour – sebab ada jer sorang dua yang mengelat ). 

True enough, Nisah’s suggestion sparked off never ending thread in our Whatsapp group sebab everybody just could not decide which colour to choose. Nasib baik kami mak-pak sedara cepat2 decided to go with brown or shades of brown as our theme colour (anak-anak sedara pulak finally decided biru and purple sudahnya).

PhotoGrid_1409497480117

And I was extremely thankful and bersyukur sebab all my sisters and brothers (despite tak berapa sihat and all) serta their spouses took the time and attended the wedding semalam.

My elder sister Kak seperti biasa menjadi “mandor”  bagi pihak keluarga sebab rumah dia pun di Perak dan lagipon dia amatlah capable and effective menjadi orang kuat kenduri kendara. My family also left USJ after Friday prayer (a day before majlis berlangsung).

Abang saya Nyah dari Cheras and Abang Lan dari Sungai Buloh came down Saturday morning. 

And the best part was all of us came in our chosen warna tema. Whoaaaa…. achievement tuuuuu. 

Apapun, majlis berlangsung rather smoothly dan memang saya amat happy sebab dapat bersuka ria dengan anak2 saudara… serta cucu saudara (walaupun beberapa orang still tak dapat datang). 

Dan saya pulak dapat memaksa anak saudara saya yang paling payah jumpa Zaki untuk berselfie dengan saya. Another achievement tuuuuu.

20140830_092738

Dan of course peluang yang ada digunakan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin 

DSC03441

PhotoGrid_1409384256647

PhotoGrid_1409396563246

IMAG0910

DSC03499

faizahkahwin1

Apapun semoga Allah memberkati dan merahmati rumahtangga Faizah dan Nizam sehingga ke syurga..

Jan 07

Santai Sunday – Kenduri Kahwin Shibli Dan Naslia

Hujung minggu yang lepas ini telah berlangsungnya wedding anak saudara saya Shibli dan pasangan Naslia. Dah jadi suami dah anak sedara saya Shibli ni. Cepatnya masa berlalu. Dulu semasa saya masih bujang, Shibli adalah salah seorang anak sedara yang rapat dengan saya. Maklumlah saya pulak mak sedara bongsu, maka anak-anak kakak dan abang2 saya  yang masih kecil memang rapat la dengan saya.

Majlis nikah berlangsung pada hari Tahun Baru tempoh hari, malangnya saya tak dapat hadir ke Bukit Antarabangsa kerana suami saya bekerja.  Namun majlis pihak Naslia yang berlangsung last Saturday saya pastikan untuk tidak ketinggalan. Besoknya majlis menyambut menantu pula diadakan di rumah kakak sulong Shibli, Shadilia di Saujana Utama 3. Alhamdulillah kedua-dua majlis selamat berlangsung. Dan pasangan pengantin pulak tampak gorgeous sekali, ye tak?

Saya dan suami bersama pengantin baru

Keluarga sebelah saya

Masih teringat-ingat daging masa kenduri sebelah perempuan ..sedap

Bersanding di Sungai Buluh

Pengantin bersama emak saya

Semuanya cun-cun kan...

Oh ya, balik dari kenduri  suami saya mengajak kami sekeluarga pergi melawat Setia City Mall la plak di Setia Alam. Memang betul la bak kata orang, the mall is awesome… semua ada! Yang penting ada fountain yang menarik…