free wordpress themes Premium Wordpress Themes
Entries RSS

By Category :

Live Traffic

Jumlah Pengunjung

free counters
Sep 27

Taucu Daging

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kebanyaan memori dan kehidupan saya dari kecil memang banyak berkisar dengan makanan. Semenjak dari kecil dan setahu saya sebelum saya dilahirkan, rumah saya sering didatangi tetamu tak kiralah pagi,petang ,malam ataupun tengah malam. Ada saja yang datang bertamu dan itu tidak kira lagi yang tinggal bersama-sama dengan kami. My parents memang sukakan ramai orang dirumah dan atas sebab itulah mereka beria-ira menyambut dan melayan tetamu yang datang. Seingat saya jarang sekali rumah kami sunyi dari riuh rendah gelak ketawa.

Rumah kami memang menjadikan dapur sebagai ‘heart of the house’ kerana disitulah biasanya kami berkumpul dan bersembang. Kadang-kadang tetamu yang datang pun turut sama masak didapur bersama-sama kami . Pantang ibu-bapa saya jika tetamu yang datang tidak dijamu dengan makanan yang banyak. Jarang sekali tetamu dijamu dengan minuman saja. Paling terukpun ┬ámesti ada cucur bawang ataupun tepek pisang. Arwah ibu bapa saya mesti pastikan ada bekalan makanan yang asas seperti beras, telur, ikan sardin ,gula dan teh dirumah. Takut nanti kalau ada tetamu datang waktu tengah malam dan lapar, adalah bahan yang hendak dimasak. Dari situlah saya mula belajar menu-menu masakan yang simple-simple dan sedap. Dan dari situ jugaklah saya mula minat dan belajar memasak.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Masak taucu memang senang dan cepat. Kata orang kalau emergency tu tauculah pilihannya. Cuma kalau masak taucu daging kena ambik masa sikit untuk merebus daging tersebut. Tetapi bergantung jugak dengan jenis dagingnya. Kalau batang pinang tak payah lah bersusah payah merebusnya.

Saya dah banyak kali masak lauk taucu dan selalunya menggunakan ikan. Sejujurnya setiap kali saya masak, saya tidak berpuas hati dengan hasil masakan saya. Bila saya makan orang lain masak taucu saya rasa banyak betul kekurangan  masakan saya, sedap betul kalau orang lain yang masak. Memang tak boleh jadi kalau macam ni..membara rasanya nak tahu apa rahsianya. Hinggalah pada satu hari saya berjumpa dengan jiran lama saya dan saya bersembang pasal masak taucu ni. Kata beliau kalau nak sedap masak taucu kena guna air panas, taucu kena masak sampai garing, kena pakai jenis taucu yang sedap, air asam jawa kena cukup dan bubuh gula sikit aje. Itulah rahsianya kalau nak masak taucu yang meletop. Dalam resepi ni saya tambah sedikit halba campur untuk memberi bau wangi halba sesuai dengan taucu daging, kalau ikan saya tak masukkan halba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Taucu Daging

Bahan-bahannya:

1/2 kilo daging ( Kalau daging mahai tak payah rebus)dihiris nipis

2 labu bawang besar dibelah 4/6

5/6 ulas bawang putih dihiris halus

2 inci halia dipotong memanjang

5/6 biji cili hijau

3/4 sudu pes taucu ( taucu opah..sedap)

Air panas

Air asam jawa

1 sudu kecil halba campur

Sedikit gula

Minyak untuk menumis

Tak perlu tambah garam sebab taucu tu dah masin

Cara membuatnya:

Panaskan minyak

Tumis halia, bawang merah,bawang putih sehingga wangi

Masukkan taucu dan kacau sehingga garing

Masukkan air panas

Bila menggelegak masukkan daging dan masak sehingga daging lembut

Masukkan air asam jawa, cili hijau dan gula

Perasakan kuahnya dan bila dah ok, tutuplah api

( Boleh juga masukkan buah tomato)

Subscribe To Our Feed

enjoy this posts? subscribe to our feed please..

No Responses to “Taucu Daging”

Leave a Reply